Home » Gangguan elektrik dipulih berperingkat
Berita Tempatan

Gangguan elektrik dipulih berperingkat

KOTA KINABALU: Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) memulihkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan secara berperingkat sebelum pulih sepenuhnya pada jam 10.06 malam.

Jurucakap SESB dalam satu kenyataan memaklumkan berlaku kerosakan teknikal pepasangan di salah satu Pencawang Masuk Utama milik SESB menyebabkan beberapa janakuasa utama terpelantik.

Katanya keadaan itu juga mengakibatkan sistem Grid Sabah kehilangan kapasiti 200 Megawatt (MW).

“Pemulihan bekalan dilakukan secara berperingkat bermula dari jam 8 malam dan kita masih menjalankan siasatan terhadap punca kerosakan.

“SESB juga memohon maaf dengan kesulitan yang dialami pengguna semasa gangguan bekalan elektrik.

“Sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan boleh menghubungi talian SESB Careline di 15454,” katanya.

— Utusan Borneo

About the author

admin

Add Comment

Click here to post a comment