Home » Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica meletus
Berita Am Berita Luar Negara

Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica meletus

BANDARAYA MEXICO: Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica mengeluarkan kepulan asap setinggi tiga kilometer (km), lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Perlindungan Awam negara CNE pada Jumaat.

Menurut CNE, selain asap gunung berapi yang terletak di taman negara di barat laut negara Amerika Tengah itu turut menghamburkan abu dan mengeluarkan gas.

Gunung berapi itu terletak kira-kira 270 km barat laut San Jose.

Dengan ketinggian 1,900 meter, gunung berapi itu antara yang paling aktif di Costa Rica.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai tidak menghampiri gunung berapi itu.

— BERNAMA