Home » Double Six: Sunduvan harap penamatan sewajarnya 
Berita Tempatan Politik

Double Six: Sunduvan harap penamatan sewajarnya 

Pengerusi Sunduvan Sabah Aloysius Danim Siap

KOTA KINABALU: Sejak 2015, Sunduvan Sabah secara berterusan menganjurkan acara memperingati mereka yang terkorban dalam Tragedi Double Six di Tugu Peringatan Double Six, Sembulan. 

Pengerusi Sunduvan Sabah Aloysius Danim Siap berkata, perhimpunan tahunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sering menuntut dan meminta kerajaan mengeluarkan laporan siasatan nahas Double Six yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

“Kami bersyukur kerana desakan Sunduvan Sabah dan pihak lain kini berjaya, laporan siasatan akhirnya dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan Australia pada April lalu.

“Bagaimanapun, laporan ini membangkitkan persoalan dan perdebatan daripada pelbagai pihak. Nampaknya kes ini masih rumit dan tidak selesai.

“Kami mengharapkan penamatan sewajarnya untuk kes ini,” tegas Aloysius.

“6 Jun adalah tarikh yang telah mengubah landskap politik Sabah secara menyeluruh, pada 1976. Kita mesti ingat tarikh ini dan sejarah yang sangat penting itu,” katanya.

Aloysius menyeru dan mempelawa orang ramai untuk menyertai majlis memperingati tokoh-tokoh yang terkorban dalam Tragedi Double Six di tugu peringatan di Sembulan pada pukul 9.30 pagi. Mereka yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment