Tahun lalu, pembinaan jambatan tersebut runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat. – Foto Twitter/NDTV
SEBUAH jambatan yang sedang dibina merentasi Sungai Ganga di daerah Bhagalpur di Bihar, India dilaporkan runtuh pada Ahad.
Jambatan dengan kos pembinaan hampir RM1 juta itu merupakan jambatan empat lorong yang dibina antara Sultanganj di Bhagalpur dan Aguwani di daerah Khagaria, runtuh buat kali kedua.
Susulan kejadian itu, kerajaan mengarahkan siasatan terperinci dijalankan.
Tahun lalu, pembinaan jambatan tersebut runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat.
Pembinaan yang bermula pada 2014 itu gagal disiapkan selama lapan kali.
Media tempatan melaporkan, ketika kejadian runtuhan itu, pekerja pembinaan sedang giat melakukan kerja-kerja binaan.
Namun, setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan.
Difahamkan, jambatan tersebut sepatutnya siap pada 2019, namun pada Mac 2019, terdapat 25 peratus kerja-kerja pembinaan yang masih tidak siap.
Kemudian ia dilanjutkan kepada Mac 2020, dan ia sekali lagi dilanjutkan pada 2022.
Bagaimanapun kerajaan tidak mengenakan sebarang denda kepada syarikat pembinaan atas kelewatan itu, namun terus memberikan masa untuk menyiapkan pembinaan.
— AWANI
Add Comment