Home » Naib Canselor Baharu UMS adakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah
Berita Tempatan

Naib Canselor Baharu UMS adakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah

Pada kunjungan itu, Dr Kasim turut memberi taklimat ringkas berkaitan aktiviti dan sesi kemasukan pelajar baharu 2022/2023 yang kini sedang menjalani Minggu Suai Mesra di UMS.

KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor di pejabatnya di sini, kelmarin.

Kunjungan tersebut merupakan kali yang pertama selepas lantikan Kasim sebagai Naib Canselor ketujuh pada 3 Oktober lalu.

Antara yang dibincangkan termasuklah kesediaan UMS dalam membantu kerajaan negeri Sabah untuk menjayakan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menurut Kasim, pihak universiti juga sentiasa bersedia untuk menyumbang dari segi kepakaran, penyelidikan dan buah fikiran untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Pada kunjungan itu, beliau turut memberi taklimat ringkas berkaitan aktiviti dan sesi kemasukan pelajar baharu 2022/2023 yang kini sedang menjalani Minggu Suai Mesra di UMS.

Hajiji dijadualkan untuk bersama pelajar-pelajar baharu UMS dalam Majlis Ikrar dan Aku Janji yang akan berlangsung di Dewan Canselor esok (14 Oktober 2022).

Hadir sama dalam rombongan kunjungan hormat itu ialah pengawai-pegawai utama dan kanan UMS.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Kasim sebagai Naib Canselor UMS yang baharu.

“Saya yakin Professor Datuk Dr. Kasim mampu meneraju dan mengangkat UMS ke persada yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi berdasarkan sumbangan signifikan beliau kepada negeri ini dan juga sebagai seorang tokoh akademik yang disenangi ramai.

“Semoga UMS terus cemerlang di bawah kepimpinan beliau,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya di sini.

EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment