Home » Hajiji terima kunjungan Pengarah JaPEN Sabah yang baharu
Berita Tempatan

Hajiji terima kunjungan Pengarah JaPEN Sabah yang baharu

KOTA KINABALU :  Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd. Noor di Menara Seri Kinabalu, di sini semalam.

Jainisah mengadakan kunjungan tersebut bagi memperkenalkan diri sebagai Pengarah JaPen Sabah yang baharu berkuatkuasa 26 September 2022 menggantikan Nadzerah Abdullah.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong, KPP Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan dan KPP Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Busmin Brahim

EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment