Doherty berkata, hasil daripada pemeriksaan imbasan CT scan yang dilakukan pada 5 Januari lalu menunjukkan penyebaran kanser sudah sampai ke otaknya. – Foto Instagram/Shannen Doherty
PELAKON antarabangsa, Shannen Doherty mendedahkan penyakit kanser yang dihidapinya kini telah merebak ke otaknya.
Beberapa hari lalu, pelakon Beverly Hills 90210 itu memuat naik video di akaun Instagram rasminya yang menunjukkan beliau sedang menjalani rawatan.
Kata Doherty, hasil daripada pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) yang dilakukan pada 5 Januari lalu menunjukkan penyebaran kanser sudah sampai ke otaknya.
“Ketakutan saya ketara. Saya sangat klostrafobia (ketakutan yang amat sangat) dan banyak perkara berlaku dalam hidup saya,” tulis Doherty, 52.
“Saya sangat bertuah kerana mempunyai doktor hebat seperti Dr Amin (Mirhadi) dan juruteknik yang luar biasa di Cedar Sinai (pusat rawatan),” lapor agensi berita antarabangsa CNN.
Pelakon siti televisyen popular Charmed itu didiagnosis dengan kanser payudara pada tahun 2015 yang kemudian beransur sembuh.
Bagaimanapun, lima tahun kemudian, Doherty berkongsi berita kanser yang dihidapinya itu kembali merebak dan sudah berada di peringkat 4.
— AWANI
Add Comment