Home » Hajiji terima kunjungan perpisahan Dr Rose Nani
Berita Tempatan Politik

Hajiji terima kunjungan perpisahan Dr Rose Nani

Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dr.Rose Nani atas jasa dan sumbangan sepanjang berkhidmat di Sabah.

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Kunjungan itu telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu.

Dr Rose Nani telah menyandang jawatan sebagai pengarah JKNS sejak Julai 2021 dan akan bersara wajib pada hari ini.

Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dr.Rose Nani atas jasa dan sumbangan sepanjang berkhidmat di Sabah. 

–EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment