Home » Kerajaan Negeri Sabah Komited Selesaikan Masalah Bekalan Air Bersih
Berita Tempatan Politik Sudut Pandangan

Kerajaan Negeri Sabah Komited Selesaikan Masalah Bekalan Air Bersih

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor amat serius dalam usaha mencari penyelesaian masalah air secara agresif. (Gambar Hiasan)

Semoga usaha kerajaan negeri Sabah mencari penyelesaian masalah bekalan air bersih akan dipermudahkan. Pihak pembangkang sibuk memukul tin-tin kosong menyalahkan kerajaan negeri Sabah, seolah-olah mereka lupa, mereka juga pernah diberikan mandat mentadbir negeri Sabah.

Marilah bersama-sama mencari penyelesaian jangka panjang bagi menyelesaikan masalah air di negeri Sabah. Tidak perlu mengeruhkan keadaan dengan politik yang keterlaluan, demi meraih sokongan, sebagai contoh suatu ketika dahulu hangat di canang isu empangan papar, yang diusulkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air, namun dipolitikkan oleh parti Warisan. Namun apa jadi bila mereka berkuasa? U-Turn?

KETIKA KERAJAAN WARISAN MENTADBIR NEGERI SABAH.

Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan/Papar (Takad) menyatakan kekecewaan terhadap Warisan kerana mungkir janji untuk membatalkan projek empangan. Kerajaan Warisan hanya sekadar menukar nama empangan Kaiduan kepada empangan Papar dan menaikkan kos projek dari RM2 bilion ke RM3 bilion.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/09/warisan-mungkir-janji-batal-projek-empangan-kaiduan-kata-ngo/

Kerajaan Warisan menamatkan kontrak enam syarikat konsesi yang menguruskan 58 loji rawatan di seluruh Sabah.
https://borneotoday.net/itu-hak-mereka-untuk-kemuka-saman-kata-peter-anthony/

Pembatalan PDP oleh Kerajaan Warisan pada 2018 punca projek Pan Borneo Sabah lambat:

*Artikel ini ditulis oleh Admin HAB FC. Penulis merupakan aktivis media sosial yang menyokong kepimpinan kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Sabah,YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.