Home » Tune Talk lancarkan pelan Borneo25 untuk Sabah dan Sarawak
Berita Tempatan

Tune Talk lancarkan pelan Borneo25 untuk Sabah dan Sarawak

Pelan Borneo25 menawarkan Internet, Panggilan dan Chat Tanpa Had (melalui WhatsApp, WeChat), berserta perkongsian Hotspot sebanyak 30GB, sah selama 30 hari. (Gambar Tune Talk)

KUALA LUMPUR: Tune Talk berbesar hati mengumumkan pelancaran Pelan Borneo25, satu pelan prabayar mudah alih yang direka khas untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak.

Selaras dengan perayaan pesta Kaamatan dan Gawai, tawaran ini bertujuan untuk menyerikan lagi perayaan istimewa penduduk Borneo dengan menyediakan sambungan internet yang lancar, sama ada di bandar atau kawasan pedalaman, dan pada masa yang sama sebuah hadiah untuk pelanggan setia kami.

Sebagai sebuah syarikat yang komited dalam memperkasakan komuniti melalui kemajuan digital, Tune Talk sentiasa mengutamakan keperluan pengguna dan berusaha untuk menyediakan produk baru dengan rangkaian yang stabil pada harga yang berdaya saing.

Dengan memahami permintaan penduduk Sabah dan Sarawak, kami dapat menawarkan pelan mudah alih yang sesuai dengan gaya hidup mereka dan lebih nilai.

Pelan Borneo25 menawarkan Internet, Panggilan dan Chat Tanpa Had (melalui WhatsApp, WeChat), berserta perkongsian Hotspot sebanyak 30GB, sah selama 30 hari.

Pengguna kini boleh melanggan Pelan Borneo25 pada harga RM20 untuk masa terhad.Dengan pelan ini, pelanggan dapat menonton video tanpa buffering, main game tanpa gangguan, skrol TikTok dengan lancar dan banyak lagi.

Ameen Amaendran, CEO Tune Talk menyatakan, “Kami percaya bahawa perkhidmatan telekomunikasi berkualiti mampu diakses oleh setiap pengguna.

Pelan Borneo25 membolehkan penduduk Sabah dan Sarawak menikmati manfaat rangkaian yang baik dan nilai yang lebih hebat, kerana #KitaFaham kepentingan memiliki pengalaman mudah alih terbaik pada harga berbaloi.

Pelanggan juga boleh kongsi hotspot mereka dengan keluarga dan rakan-rakan, satu ciri unik yang ditawarkan oleh Pelan Borneo25.

“Pelanggan boleh membeli Pek Borneo baharu di mana-mana kedai Tune Talk di Sabah dan Sarawak atau berhubung dengan rakan kongsi Tune Talk di Borneo. Untuk info lanjut mengenai pelan dan perkhidmatan Tune Talk, layari laman web kami.

–EDITOR D.E

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment