Home » Pelantikan Kabinet baharu kuasa prerogatif Ketua Menteri
Berita Tempatan Politik Sudut Pandangan

Pelantikan Kabinet baharu kuasa prerogatif Ketua Menteri

Pelantikan jemaah menteri dalam Kabinet baharu negeri yang diumumkan adalah mengikut kuasa prerogatif Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Semua pelantikan berkenaan termasuk Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya juga dibuat berdasarkan Perlembagaan Negeri Sabah. FOTO: SMJ

MEMPERTIKAI pelantikan kabinet baharu, sama dengan mempersoalkan prerogatif Ketua Menteri.

Semua pihak termasuk pemimpin politik terutama parti politik yang ikut sama menerajui kerajaan, perlu faham, bahawa barisan kabinet atau jemaah menteri adalah bidang kuasa Ketua Menteri.

Betul pemimpin politik boleh mencadangkan berkaitan barisan kabinet atau jemaah menteri, tetapi itu semua menurut pandangan peribadi pemimpin itu, tidak mengikat Ketua Menteri membuat keputusan berkaitan barisan kabinet yang beliau ketuai.

Semalam, ada pemimpin yang mengatas namakan Gagasan Rakyat (PGRS) supaya jawatan Timbalan Ketua Menteri III, diberikan pada parti itu, kerana memberi alasan, bahawa penyandang jawatan itu tidak berparti.

Penulis melihat cadangan itu, tertinggal kereta api, kerana tidak berpandukan bagaimana kerajaan Sabah hari ini dipertahankan pada 10 Januari 2023. Selain itu, pemimpin itu, mahukan kerajaan hari ini yang diketuai Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor supaya bertindak seperti kacang lupakan kulit.

Pemimpin yang mencadang itu, penulis melihatnya mempunyai muslihat, mungkin dendam pribadi, atau alasan lain, kerana hanya fokus pada jawatan Timbalan Ketua Menteri III.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya

Cadangan pemimpin itu yang mengaku sebagai Timbalan Ketua Bahagian PGRS Sukau jika menjadi ikutan, akan menjadi cerminan pada rakyat, bahawa perjuangan PGRS hanya untuk jawatan, bukannya untuk rakyat dan negeri. Malah bercanggah dengan visi Ketua Menteri yang menterangkumkan semua pihak dalam kerajaan untuk menjayakan Sabah Maju Jaya.

Setahu penulis, PGRS hanya dilancarkan pada Mac 2023. Jika pemimpin itu mengaku telah lama berjuang dalam parti itu, bukan sahaja menipu diri sendiri, akan tetapi para ahli/penyokong Gagasan Rakyat.

Penulis berkali-kali menulis, berkaitan ciri-ciri pemimpin yang perlu dilibatkan dalam PGRS, jangan sampai terpilih mereka yang sokong membawa rebah. Jangan sampai terpilih pemimpin yang bertindak seperti nila setitik susu sebelanga rosak binasa, seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

Dicadangkan pada barisan kepimpian Gagasan Rakyat (PGRS) “do it right at the first place” supaya sebarang tindakan tidak menjadi liabiliti di masa hadapan. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News