Home » Pejabat ADUN Kukusan serah katil ‘homeward’ pesakit kanser
Berita Tempatan Politik

Pejabat ADUN Kukusan serah katil ‘homeward’ pesakit kanser

SERAH: Sukardi (kanan) ketika melawat dan menyerahkan katil 'homeward' tersebut.

TAWAU: Pejabat Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Kukusan menyerahkan sebuah katil ‘homeward’ kepada seorang remaja perempuan yang terlantar sakit akibat menghidap kanser saraf di Kampung Pisang, di sini semalam.

Terdahulu, Diana Carolyne Franssiscus, 15, disahkan menghidap kanser berkenaan sejak empat bulan lalu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Tawau.

Keadaan itu menyebabkan Diana hanya mampu terbaring sekali gus melupakan hasratnya untuk hadir ke sekolah seperti rakan sebayanya yang lain.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kukusan, Sukardi Mashuri yang mewakili ADUN Kukusan Rina Hj Jainal.

Rina berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai pelajar Sekolah Menengah (SM) St Urusula berkenaan pada 31 Mei lalu.

“Lawatan segera dilakukan dan kami mendapati Diana layak untuk menerima katil ‘homeward’ yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Menerusi katil ‘homeward’, ia akan memudahkan urusan pesakit dan penjaga sepanjang ia diperlukan pihak berkaitan,” katanya.

Setakat ini, seramai tiga individu telah menerima faedah daripada program ‘homeward’ di kawasan Kukusan sejak tahun lalu.

— Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment