Home » 3 buah kedai terbakar di Putatan
Berita Tempatan

3 buah kedai terbakar di Putatan

Pasukan bomba melakukan operasi pemadamandi lokasi kejadian. – Ihsan Bomba

PUTATAN: Tiga buah kedai dua tingkat di sini terbakar petang kemarin.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu diterima pada jam 1.30 petang menerusi talian MERS 999 dan sepasukan anggota bersama jentera, diketuai Pegawai Operasi, PKPgB Zeno Tinggalan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke lokasi.

Turut membantu ialah pasukan bomba dan jentera dari BBP Kota Kinabalu.

Setiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan tiga buah kedai dua tingkat jenis kekal berukuran 30’x40′ (setiap satu) yang terbakar 100 peratus di bahagian atas tempat penyimpanan peralatan elektrik.  

Operasi pemadaman menggunakan tiga aliran 200 kaki tiga pancutan sumber air dari pili bomba dan jentera water tanker. 

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.20 petang dan operasi ditamatkan pada jam 5.06 petang.

wartaoriental