Home » Lelaki dilaporkan hilang di Kiulu selama empat hari ditemui selamat
Berita Tempatan

Lelaki dilaporkan hilang di Kiulu selama empat hari ditemui selamat

TUARAN: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan antara Kampung Kitapol dan Kg. Sinansag di Kiulu, dekat sini, sejak Okt 11, ditemui selamat.

Mangsa ditemui penduduk kampung di kawasan kebun 11 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada jam 10.15 pagi tadi.

Dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga ditamatkan pada jam 12 tengah hari.

Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar untuk ke rumah datuk mangsa di Kg. Sinansag melalui jalan kebun (denai) pada jam 3 petang 11 Okt.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa pada 13 Okt, jam 3 petang.

Menurut pemanggil, datuk mangsa memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa mangsa belum berada di rumahnya sehingga jam 6 petang pada 11 Okt dan usaha mencari mangsa dijalankan oleh orang kampung namun gagal ditemui.

Sepasukan anggota diketuai Komander Operasi, PKPgB Abd Qawie Abdul Gapar seterusnya melancarkan operasi SAR.

wartaoriental

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment