Home » Robert rasmikan sambutan Raya Aidiladha PAWE Keningau
Berita Tempatan Politik

Robert rasmikan sambutan Raya Aidiladha PAWE Keningau

ALBUM: Robert bersama Sairin merakamkan gambar kenangan bersama ahli PAWE dan masyarakat setempat sempena sambutan itu.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik hadir merasmikan Majlis Sambutan Raya Aidiladha Pertubuhan Aktiviti Warga Emas (PAWE) Keningau yang diadakan di PAWE Kampung Merampong Keningau kelmarin.

Pada majlis itu Robert turut mengambil peluang dengan beramah mesra sambil berkenalan dengan ahli-ahli PAWE yang hadir pada sambutan tersebut.

 
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dalam ucapan memuji usaha PAWE atas kejayaan mengadakan majlis itu dan berharap para ahli dapat memanfaatkan peluang dalam majlis berkenaan untuk mengeratkan silaturahim demi kesejahteraan bersama.


“Ini menunjukkan kesepakatan ahli-ahli PAWE dan masyarakat setempat dalam penganjuran majlis tersebut dan berharap semangat ini akan diteruskan demi mengekalkan perpaduan bersama,” katanya.


Turut hadir pada sambutan Raya Aidiladha bekas ADUN Liawan, Datuk Sairin Karno.

Kenneddy Corlleus