Home » PRN di enam negeri tidak gugat Kerajaan Perpaduan – Abdul Karim
Berita Dalam Negara Politik

PRN di enam negeri tidak gugat Kerajaan Perpaduan – Abdul Karim

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Royal Kuching Cruise di Tebingan Kuching di sini, pada Rabu. Foto: Faitullah Morni

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung dalam masa terdekat diyakini tidak menggugat kedudukan kerajaan perpaduan, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menegaskan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap akan meneruskan sokongan terhadap kerajaan yang mentadir ketika ini.

“GPS akan meneruskan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan, walau apapun keputusan PRN di enam negeri selepas ini.

“Bagaimanapun kita berharap agar rakan-rakan kita yang kita sokong memenangi PRN tersebut,” kata beliau.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Royal Kuching Rruise di Tebingan Sungai di sini, pada Rabu.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negera pada Selasa.

Menurut Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan perihal kerjasama dan gerak kerja menghadapi pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

—  Luqman Muhammad