Home » Warga emas berjaya memohon bantuan kebajikan
Berita Tempatan Politik

Warga emas berjaya memohon bantuan kebajikan

PRIHATIN: Chew (tengah) menyampaikan Kad Temu Janji Penerima Bantuan Kebajikan kepada seorang penerima.

SANDAKAN: Seramai empat warga emas di daerah ini berjaya mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan selepas permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan tercapai.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Karamunting Datuk Chew Koh Woh berkata, berikutan maklumat diterima mengenai warga emas berkenaan, pihaknya terus bertindak membantu membuat permohonan kepada jabatan terbabit.

“Mereka terdiri daripada seorang warga emas dan tiga orang warga emas Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Mereka sangat memerlukan bantuan kebajikan dan saya berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan di sini yang meluluskan permohonan para warga emas ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, selepas menerima maklumat berkenaan, Pegawai Khas PPM Karamunting Ming Soon dan Kapitan John Voon segera berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan untuk membantu permohonan berkenaan.

“Baru-baru ini permohonan itu telah berjaya diluluskan,” katanya.

— Yap Siong Han