Home » Penubuhan banyak cawangan akan menguatkan kedudukan parti di Bandau – Maijol
Berita Tempatan Politik

Penubuhan banyak cawangan akan menguatkan kedudukan parti di Bandau – Maijol

Maijol turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ketua Cawangan yang telah menyerahkan borang keahlian kelmarin.

BANDAU – Satu majlis penyerahan borang keahlian telah disempurnakan oleh Datuk Maijol Mahap, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau di sini pada petang kelmarin.

Majlis tersebut telah diadakan di rumah kediaman beliau di Kampung Kokobuan. Sebanyak 16 cawangan yang baru ditubuhkan telah menyerahkan borang keahlian kelmarin dengan diketuai oleh Ketua Cawangan masing-masing. Jumlah ini menjadikan keseluruhan sebanyak 115 buah cawangan dalam kawasan DUN N6 Bandau yang bakal di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dalam ucapan Maijol, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ketua Cawangan yang telah menyerahkan borang keahlian kelmarin. Menurut beliau, penubuhan banyak cawangan akan menguatkan kedudukan parti di kawasan DUN Bandau. Pada masa yang sama, beliau menyeru agar setiap cawangan aktif untuk menambah keahlian baru.

Beliau juga mengingatkan semua yang hadir untuk menghadiri taklimat khas mengenai tatacara Mesyuarat Penubuhan Cawangan-Cawangan dan Sayap-Sayap Cawangan pada 23 Julai 2023. Berkaitan dengan ini, satu surat notis taklimat khas sudah pun dikeluarkan oleh Bahagian kepada semua Ketua-Ketua Cawangan. Taklimat khas ini juga melibatkan AJK Bahagian, AJK Wanita Bahagian, AJK Pemuda Bahagian dan AJK Beliawanis Bahagian. Mesyuarat Penubuhan Cawangan-Cawangan dan Sayap-Sayap Cawangan akan berlangsung pada sepanjang bulan Ogos 2023. 

Turut hadir dalam majlis petang kelmarin ialah: Timbalan Ketua Bahagian Tuan Sharif Kadah Sharif Osman, Setiausaha Bahagian Tuan Lagason Gampong dan beberapa AJK Bahagian yang sempat hadir.

Pada hari kelmarin juga, Maijol turut hadir ke kenduri arwah di Kampung Tambun Laut dan melawat orang sakit di Hospital Kota Marudu.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment