Home » Sokongan Keluarga dan masyarakat kritikal untuk pemulihan dari penagihan gejalah dadah – James
Berita Tempatan Politik

Sokongan Keluarga dan masyarakat kritikal untuk pemulihan dari penagihan gejalah dadah – James

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan, Datuk Flovia Ng menyampaikan ucapan bagi pihak Datuk James Ratib di Majlis Perasmian PKSKK anjuran AADK peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Sky Hotel,Kota Kinabalu.


KOTA KINABALU: Penglibatan keluarga sebagai salah satu rangkaian sokongan adalah kritikal untuk pemulihan dari penagihan gejalah dadah secara holistik dan effektif.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Datuk James Ratib berkata ini sekaligus dapat memperkukuhkan proses pemulihan   dalam  komuniti agar mereka dapat mengambil langkah-langkah perlindungan diri dan keselamatan bersama keluarga mereka, secara khususnya.

Melalui ceramah-ceramah yang disampaikan  dapat memotivasikan keluarga dan melatih mereka dengan kemahiran mengendalikan penagihan dadah khususnya di dalam institusi kekeluargaan bagi mengurangkan risiko penagihan berulang.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga (PKSKK) Anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Sky Hotel baru-baru ini.


Teks ucapan James dibacakan oleh  Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan, Datuk Flovia Ng.

Tujuan PSKK  diadakan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang penyalahgunan dadah dan bahan substans terlarang dengan membentuk benteng daya ketahanan yang kukuh bagi mencegah penagihan semula dengan adanya sokongan keluarga di dalam Institusi Kemasyarakatan .


”Saya menyambut baik penganjuran PSKK yang secara tidak langsung dapat menyebarluaskan perkhidmatan AADK agar masyarakat lebih memahami dan mendapat manfaat daripada pelaksanaan dasar dan program jabatan sebagai satu wadah turun padang dan dekati hati  serta meninggalkan impak positif kepada masyarakat khususnya golongan sasar atau tercicir yang memerlukannya.

“Selaras saranan serta dasar kerajaan, usaha-usaha membantu rakyat hendaklah dijalankan secara bersama di antara agensi kerajaan dan komuniti selaras dengan konsep “Malaysia Madani” ujar James.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat(KPMKR) Datuk James Ratib.

“Berdasarkan statistik Klien Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK), di Sabah,rekod menunjukkan pada tahun ini sehingga Jun 2023, jumlah penagih dadah yang berdaftar dan menerima perkhidmatan rawatan dan pemulihan di AADK Sabah ialah seramai 1,379 orang.

“Angka ini menunjukkan penurunan sebanyak 26.92% (508 orang) iaitu berdasarkan jumlah klien seramai 1,887 orang sehingga Jun tahun 2022 yang lepas.

“Data penurunan statistik Klien RPDK ini disebabkan oleh kesedaran dan usaha yang digembleng bersama agar setiap keluarga dan tempat-tempat kediaman selamat untuk didiami dan terhindar daripada aktiviti penyalahgunaan dadah, jelas beliau.

James berharap, dengan adanya rawatan dan pemulihan yang betul, dokongan dan sokongan keluarga serta masyarakat, ia akan menjadi benteng yang kukuh untuk mencegah penagihan semula dan kepulihan yang abstinen tercapai.

“Dalam melahirkan keluarga bahagia yang bebas dari masalah penagihan dadah, institusi keluarga adalah asas utama dalam pembentukan kendiri, nilai dan jati diri seseorang individu itu.

“Semoga sokongan sebegini dapat diteruskan dan dipergiatkan lagi di masa hadapan sehingga kita berjaya mencapai “Dadah Terkawal 2025” beliau berkata sebelum mengakhiri uacapannya.

PKSKK merupakan anjuran  AADK peringkat negeri Sabah yang disempurnakan oleh Flovia bagi pihak James. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada klien RPDK dan keluarga klien menghadiri program tersebut.

– – TAMAT.