Home » Hajiji hadir pada sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah
Berita Tempatan Politik

Hajiji hadir pada sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah

Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin diiringi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan ahli jemaah menteri melawat pameran keselamatan pada Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada Isnin.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka hari ini.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin turut berkenan hadir dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama selain menerima Tabik Hormat Diraja.


Terdahulu, Hajiji yang tiba pada jam 7.50 pagi disambut oleh Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri dan kemudiannya menerima Tabik Hormat Pasukan Kawalan Kehormatan Utama di pentas utama Padang Merdeka.


Antara pengisian sambutan itu ialah acara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah serta nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku.


Selain itu, tiupan paluan akhir ‘TheLast Post’ oleh Polis Diraja Malaysia, persembahan khas Angkatan Tentera Malaysia dan tiupan ‘Rouse’. 


Antara yang hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Panglima Kadzim Yahya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahid dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.

Hadir sama ialah Timbalan-Timbalan Speaker DUN Datuk Richard Yong We Kong dan Datuk Al Hambra Juhar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong. 


Hajiji kemudian turut mengiringi Juhar melawat pameran pasukan keselamatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Muzium dan Arkib Negeri.

— TAMAT