Home » Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau buat kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Kota Marudu
Berita Tempatan Politik

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau buat kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Kota Marudu

Pegawai Pegawai Daerah Tuan Alexander Yong (tengah) menerima kunjungan hormat daripada Datuk Maijol Mahap dan rombongan kelmarin .

BANDAU: Pegawai Daerah Tuan Alexander Yong menerima kunjungan hormat daripada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau Datuk Maijol Mahap di pejabat beliau pada Isnin ini.

Maijol berkata, sebagai sebuah parti kerajaan yang baru ditubuhkan,hubungan baik dengan jabatan-jabatan kerajaan khususnya Pejabat Daerah perlu dijalinkan.

Hubungan baik yang terjalin akan membantu melancarkan pelaksanaan program-program mesra rakyat di kawasan Bandau ujarnya.

“Saya berharap agar sistem penyampaian kerajaan dilaksanakan dan ditambahbaik dari masa ke semasa.

“Pejabat daerah adalah nadi kepada daerah dengan berperanan sebagai urusetia dan mengetuai jabatan kerajaan dalam Daerah Kota Marudu”, kata Maijol.

Di kunjungan hormat itu, Alexander berkata antara cabaran utama sekarang adalah untuk pembasmian kemiskinan.

“Seramai 1181 orang dikategorikan dalam kategori miskin tegar di Daerah Kota Marudu.”

Justeru, beliau Pejabat Daerah Kota Marudu akan memainkan peranan penting untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang penghujung tahun ini.

“Antara program pembasmian kemiskinan tegar adalah untuk bekerjasama dengan syarikat swasta menyediakan peluang pekerjaan. Selain itu, bagi yang mempunyai tanah kosong boleh dibuka untuk tanaman kontan jangka pendek yang memberi pulangan lumayan seperti jagung dan soya”, kata Alexander.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Ketua Bahagian merangkap Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Sharif Kadah Sharif Osman, Naib Ketua Bahagian Denson Saidi, Setiausaha Bahagian Lagason Gampong, Bendahari Bahagian Jaimis Sinteh, Ketua Penerangan Dr Jurin Gunsalam, AJK Bahagian Ustaz Mohd Isahak Awang dan Junain Talip, Ketua Pemuda Ustaz Datu Farid Liman, Ketua Beliawanis Dr. Nur Nadirah Isahak dan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Akmal.

– TAMAT