Home » Undi Anda Sia-sia Jika Undi Parti Warisan
Berita Tempatan Politik Sudut Pandangan

Undi Anda Sia-sia Jika Undi Parti Warisan

Rakyat Sabah perlu membuka mata dan minda, memberi undi pada calon-calon parti Warisan bukan sahaja sia-sia, akan tetapi yang menyokong termasuk kategori membuta tuli. Elakkan menjadi pengundi sedemikian, jadilah pengundi bijak, dengan memilih samada calon-calon GRS-BN atau kah PH.

PENGUNDI yang menyokong calon-calon Parti Warisan akan mendapati undi mereka hanya sia-sia, jika berpendapat dengan menyokong parti itu  maka boleh menubuhkan kerajaan.

Sistem demokrasi berparlimen negara kita masa ini, parti yang boleh menubuhkan adalah parti yang menang kerusi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 yang dipertandingkan.

Sebagai contoh, bukan kah membazir undi menyokong Parti Warisan, dan memastikan calon-calon parti itu menang untuk menubuhkan kerajaan, sedangkan jika menang 26 kerusipun di Sabah dan WP Labuan, dan mungkin 6 di Semenanjung, tidak mendekatipun angka 112 pun, jadi bagai mana boleh jadi kerajaan? Sedangkan parti itu, tidak berkolaborasi dengan mana-mana blok parti. 

Berbeza dengan GPS-Sarawak yang awal-awal membuat kenyataan, akan menyokong samada BN atau PN, yang mana sahaja antara dua blok parti itu yang dijemput menubuhkan Kerajaan Persekutuan. 

Pendirian GPS Sarawak itu jelas kepada rakyat/pengundi negeri tersebut, bahawa gabungan itu pasti jadi kerajaan, kerana di Semenanjung, antara dua blok parti itu sahaja berpotensi dijemput membentuk kerajaan.

Saingan Parti Warisan di Sabah selain GRS-BN juga Pakatan Harapan (PH), akan tetapi kedudukannya berbeza, kerana tiga blok parti itu, kemenangan calon masing-masing menyumbang kepada kerusi parti masing-masing, maka memang wajarpun disokong, dan yang menyokong tidak terkategori sebagai sia-sia  akan tetapi bijak.

Rakyat Sabah perlu membuka mata dan minda, memberi undi pada calon-calon parti Warisan bukan sahaja sia-sia, akan tetapi yang menyokong termasuk kategori membuta tuli. Elakkan menjadi pengundi sedemikian, jadilah pengundi bijak, dengan memilih samada calon-calon GRS-BN atau kah PH.

Pastikan undi anda tidak sia-sia, kerana hak mengundi hanya sekali setiap 5 tahun.

Walaupun kita semua diberi kebebasan memilih parti, akan tetapi pastikan parti yang dipilih dipimpin oleh mereka yang berintegriti, bertanggungjawab, setia kawan, tidak lupa asal usul atau lupa daratan, bebas isu-isu moral dan salahgunakuasa.

Penulis yakin, sebelum kita semua ke pusat-pusat mengundi, telahpun pasti, parti mana perlu diberi mandat memerintah negara, tetapi yang penting jangan sesekali membazirkan undi, dengan mengundi parti yang tiada masa depan, seperti Parti Warisan.

*Suara Rakyat merupakan penulis dan pemerhati politik Sabah dan Nasional. Tulisan ini merupakan pandangan beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment