SETIAKAWAN merupakan faktor utama mempertahankan sesebuah gabungan politik.
Kerana kesetiaan dijadikan asas dan panduan, kadangkala tidak dapat dicerna atau diadaptasi oleh mereka yang tiada sifat sedemikian.
Kejadian ini lah yang berlaku, pada ADUN Bandau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Marudu- Datuk Wetrom Bahanda, apabila tidak dapat menerima keputusan ketua, bahawa Parlimen Kota Marudu adalah kawasan tradisi PBS, dan tidak timbul sama sekali, kawasan itu ditandingi parti lain komponen GRS, selain parti PBS.
Apabila seseorang mendapati dirinya tidak patuh, dan tidak dapat menerima kesetiakawanan dan kompromi, tindakan betul adalah keluar daripada parti, berbanding menjadi duri dalam daging atau sokong membawa rebah.
Isu-isu yang dihadapi Hajiji tidak terhad pada isu yang ditimbulkan Datuk Wetrom, akan tetapi isu terkait dengan kerjasama antara GRS-BN. Penulis melihat ada pemimpin Bersatu yang tidak bersetuju dengan kerjasama antara GRS dan BN, kerana hanya satu sebab- menerusi kerjasama antara dua blok parti itu, maka menutup peluang menjadi calon pada kawasan-kawasan tertentu, atas sebab kawasan sedemikian adala kawasan tradisi Umno atau BN.
Mereka yang berada dalam kedudukan sedemikian, tidak bertindak seperti Datuk Wetrom, akan tetapi mengeritik keputusan parti, dan akhirnya tindakan seumpama lah yang dinamakan sokong membawa rebah.
Memang diakui menjadi ketua pada para pemimpin bukannya mudah, apatah lagi yang dipimpin itu adalah mantan-mantan wakil rakyat yang tidak dapat mempertahankan kawasan masing-masing kerana terhalang kerana adanya kerjasama antara dua blok parti.
Mereka yang hanya bermisi bertanding untuk mendapat kedudukan wakil rakyat, tidak dapat menerima, bahawa kerjasama diperlukan bermatlamat walaupun kehendak tidak dapat semua akan tetapi juga tidak hilang semua. Bagi mereka yang berfikir sebaliknya, biar menang sorak walaupun kampung tergadai, win or lose.
Syogianya, golongan seperti ini tidak boleh ada dalam sesebuah organisasi, walaupun betapa hebat dan berpengruhnya seseorang itu, kerana mereka ini bagaikan setitik nila yang boleh membawa kerosakan pada sesebuah kerjasama.
Add Comment