Home » Pengundi Baharu Bakal Cipta Kejutan
Politik Sudut Pandangan

Pengundi Baharu Bakal Cipta Kejutan

Bagi pandangan penulis, melihat taburan undi, macam tiada lagi parti boleh menganggap adanya kawasan-kawasan tradisi, kerana jumlah pengundi akan mengubah anggapan tersebut. Sama-Sama Kita Tunggu Keputusan PRU-15!!!. (Gambar Hiasan)

DENGAN jumlah pengundi baharu negeri Sabah, tiada lagi penanda aras, ke mana hala tuju mereka, apa tah lagi dengan pertambahan melebihi separuh berbanding pengundi tahun 2018 (53.9 peratus) daripada 1,064,686 ke 1,638,806 pengundi.

Penulis tidak mempunyai data berasaskan etnik atau agama berkaitan pertambahan pengundi baharu ini, akan tetapi jika dilihat pada target taburan undi, semacam ada petanda, PRU-15 sebagai titik permulaan senario politik baharu Sabah.

Lonjakan jumlah pengundi bagi Sabah bukannya sesuatu yang baharu, kerana ianya berlaku pada tahun 1999 yang menyaksikan, menutup terus kebangkitan PBS, yang menang pada PRN negeri tahun 1994.

Melihat secara kasar pertambahan pengundi, patut lah ada pemimpin berani membuat kenyataan bahawa pengundi Sabah cenderung pada parti tempatan.

Jika terbukti benar bahwa pengundi Sabah cenderung pada parti tempatan, maka sukar bagi parti-parti daripada luar menang kerusi.

Masih tanda tanya, parti tempatan mana bakal dipilih?

Bagi pandangan penulis, melihat taburan undi, macam tiada lagi parti boleh menganggap adanya kawasan-kawasan tradisi, kerana jumlah pengundi akan mengubah anggapan tersebut. Sama-Sama Kita Tunggu Keputusan PRU-15!!!.

*Suara Rakyat merupakan penulis dan pemerhati politik Sabah dan Nasional. Tulisan ini merupakan pandangan beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment