Home » Hajiji mahu wakil pemimpin yang perjuangkan hak Sabah di peringkat persekutuan
Berita Tempatan

Hajiji mahu wakil pemimpin yang perjuangkan hak Sabah di peringkat persekutuan

Seramai kira-kira 3000 orang yang hadir memeriahkan pelancaran Jelajah GRS Parlimen Kota Marudu semalam.

KOTA MARUDU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu seorang pemimpin mewakili negeri ini dihormati di peringkat persekutuan untuk membawa apa juga permasalahan dan apa juga hal-hal yang bersangkutan dengan Negeri Sabah.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, sekiranya Datuk Seri Maximus Ongkili bertanding di Parlimen P168 Kota Marudu mewakili calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tidak dinafikan Maximus adalah seorang yang berpengalaman dan hebat memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah di peringkat persekutuan.

“In sha Allah kita akan bincang, saya ingat tiada masalah itu, dia seorang pemimpin yang berpengalaman dan begitu hebat dalam memperjuangkan Negeri Sabah di peringkat persekutuan, kita mahu satu pemimpin yang dihormati di peringkat persekutuan untuk membawa apa juga permasalahan dan apa juga hal-hal yang bersangkutan dengan Negeri Sabah.

“Datuk Maximus terbukti, kalau orang cakap sumbangan dia di Kota Marudu ini tidak banyak, itu adalah fitnah, tidak betul, kita boleh nampak sendiri, macamana Kota Marudu yang dahulu yang hanya ada satu dua buah kedai, sepuluh kedai dan sekarang jadi beratus buah kedai ada di sini, ini satu kemajuan dan banyak lagi kemudahan-kemudahan, jalan raya dan sebagainya kemudahan awam yang dibawa sendiri oleh beliau sebagai menteri, kita mahu menteri wakil dari Kota Marudu ini di peringkat persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah GRS Parlimen Kota Marudu di sini, semalam.

Sementara itu, Datuk Seri Maximus Ongkili adalah penyandang ahli Parlimen P168 Kota Marudu sejak 2004 dan memegang portfolio sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) serta presiden Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pada program itu, seramai kira-kira 3000 orang yang hadir memeriahkan pelancaran Jelajah GRS Parlimen Kota Marudu semalam.

EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment