KOTA KINABALU, SABAH – Pejabat Timbalan Ketua Menteri menafikan satu keratan akhbar berita tular di aplikasi WhatsApp yang menyebut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, semalam.
Setiausaha Akhbar Bung, Jaafar Abd Wahid dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata
perkara terbabit adalah tidak benar dan sengaja ditularkan oleh individu tidak bertanggungjawab berikutan Pilihan Raya Umum (PRU)-15 telah semakin dekat.
“SAYA MENERIMA BEBERAPA PANGGILAN DAN MESEJ WHATSAPP DARI RAKAN-RAKAN YANG BERTANYA MENGENAI KESAHIHAN BERITA TERBABIT…
“Sedangkan pada sebelah pagi, saya bersarapan bersama Bung di kediamannya sebelum menghantar beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) untuk berlepas ke Kuala Lumpur,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menjelaskan meneliti keratan akhbar yang ditularkan itu, ianya merupakan keratan berita yang diterbitkan dalam berita dalam talian Astro Awani tahun 2020 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) -16.
“IA DISEBARKAN OLEH INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DALAM BEBERAPA KUMPULAN WHATSAPP SEHINGGA MENIMBULKAN PERSOALAN KEPADA ORANG RAMAI…
“Perkara ini dimanfaatkan oleh ‘cybertrooper’ parti pembangkang ekoran timbulnya khabar angin yang disebarkan di laman media sosial yang menyebut beberapa orang wakil rakyat keluar parti dan akan meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) .
“Perbuatan menyebarkan berita palsu ini merupakan salah satu usaha pihak pembangkang untuk memecah-belahkan perpaduan dikalangan penyokong parti GRS dan BN khususnya ketika berhadapan dengan PRU ke-15,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Jaafar turut meminta orang ramai agar jangan mudah1 mempercayai berita palsu dan menyebarkanya sebelum mendapat sebarang kesahihan.
Add Comment