Home » Isu Ambalat :Wisma Putra disaran beri taklimat segera kepada ADUN Sabah – Yong
Berita Tempatan Politik

Isu Ambalat :Wisma Putra disaran beri taklimat segera kepada ADUN Sabah – Yong

Yong menunjukkan kawasan Ambalat dalam peta kanvas yang dibuat pada tahun 2013.

KOTA KINABALU :Datuk Yong Teck Lee dalam kenyataannya mengalu-alukan jemputan Timbalan Menteri Luar, YB Mohammad Alamin kepada sesiapa yang mempunyai pertanyaan mengenai perjanjian berkenaan Laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia untuk meminta penjelasan daripada kementeriannya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia telah menandatangani perjanjian mengenai Laut Sulawesi pada 8 Jun tahun ini semasa Jokowi melawat Malaysia.

Timbalan Menteri tersebut dalam respondnya kepada Adun Tungku dalam persidangan DUN Sabah yang lalu berkata bahawa pihaknya bersedia memberikan penjelasan berkenaan isu tersebut yang menjadi perbualan hangat di media sosial.

“Sama seperti taklimat kes timbang tara tuntutan Sulu oleh Datuk Azalina, Wisma Putra juga harus memberi taklimat segera kepada Adun Sabah mengenai isu laut Sulawesi dan Ambalat” tegas Yong.

Beliau berharap kerajaan Persekutuan memahami kenapa rakyat Sabah begitu skeptikal berkenaan pengumuman tersebut.”Ini kerana sebelum ini Negara berhadapan isu kehilangan medan minyak di wilayah maritim blok L dan M seluas dua juta ekar kepada negara jiran pada 2010. Pada masa itu, media Malaysia melaporkan bahawa penyelesaian isu blok L dan M adalah sebagai pertukaran untuk Brunei menyelesaikan “Tuntutan Limbang namun kemudiannya dinafikan oleh Negara Brunei” Tambahnya.

“Kini rakyat Sabah mahukan pengesahan Fakta dan kebenaran berkaitan isu ini. Yang releven adalah Wilayah maritim Malaysia selepas kemenangan Malaysia di Mahkamah Antarabangsa berhubung kes Pulau Ligitan/ Sipadan pada tahun 2002. Adakah kuasa penuh penghakiman ICJ telah dihormati di Sulawesi ini perjanjian Laut antara Malaysia dan Indonesia?” , sambung Beliau.

— TAMAT