Home » Berpaksi lokal, Gagasan Rakyat kekal sokong Kerajaan Pusat – Ghulam 
Berita Tempatan Politik

Berpaksi lokal, Gagasan Rakyat kekal sokong Kerajaan Pusat – Ghulam 

SEMANGAT: Ghulam bergambar kenangan bersama sebahagian ketua-ketua cawangan Gagasan Rakyat yang menghadiri mesyuarat itu.

PAPAR: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan terus berjuang pada landasan lokalnya, namun tetap mengekalkan sokongan pada Kerajaan Pusat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang merangkap Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, sehubungan itu berkata parti akan terus bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kita di negeri Sabah, bersama-sama negeri jiran Sarawak,  yang selalu disebut sebagai Blok Borneo, sewajarnya memupuk jiwa lokal tapi citranya nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Cawangan Gagasan Rakyat Bahagian Kawang, di sini semalam.

Ghulam yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata Gagasan Rakyat yang berpayung di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Sudah pun terbukti, dalam diam, Ketua Menteri kita telah menyelesaikan banyak hal membabitkan kepentingan lokal di peringkat nasional.

“Inilah cara Ketua Menteri kita bekerja. Beliau telah merintis jalan baharu untuk kemajuan negeri Sabah.

“Di bawah kepimpinan beliau, Sabah terus bergerak maju kerana Ketua Menteri tahu hala dituju,” katanya.

Ghulam optimis kehadiran Gagasan Rakyat di persada politik  Sabah mampu memperkukuh citra perjuangan GRS sebagai satu jajaran lokal serta formula tempatan.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment