Home » NRH Kota Kinabalu johan Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita
Berita Tempatan Politik Sukan

NRH Kota Kinabalu johan Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita

ALBUM: Pasukan NRH Team daripada Kota Kinabalu memenangi Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita Piala Datuk Redonah Bahanda di Kota Marudu baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Sebanyak 24 pasukan menyertai Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita Kota Marudu baru-baru ini untuk merebut Piala Datuk Redonah Bahanda.

Kejohanan bola tampar dianjurkan oleh Kelab Konran VC Kota Marudu di gelanggang bola tampar Astaka Padang Pekan Kota Marudu.


Pasukan yang menyertai kejohanan itu adalah dari lapan daerah iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Labuan, Paitan, Keningau, Kudat, Pitas dan Kota Marudu.


Dalam kejohanan itu johan NRH dari Kota Kinabalu, naib johan Lundus Pitas dan tempat ketiga VT Lover Ranau.


Kesemua pemenang hadiah disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda.

Turut hadir Pengerusi Penganjur Noraisyah Hamsal. Hadiah kejohanan terdiri Johan RM1,000, Naib Johan RM600 dan Ketiga RM400.

Kenneddy Corlleus