Home » Rakyat diminta pupuk semangat patriotisme, kekal perpaduan
Berita Tempatan Politik

Rakyat diminta pupuk semangat patriotisme, kekal perpaduan

Ketua Menteri berharap negara lain yang telah mengeluarkan nasihat perjalanan akan mengambil petunjuk daripada keputusan kerajaan UK.

KOTA KINABALU: Semua rakyat terdiri pelbagai kaum dan budaya di negeri ini diminta supaya memupuk semangat patriotisme, mengekalkan perpaduan dan keharmonian sempena menyambut Hari Kebangsaan tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Hari Kebangsaan adalah milik bersama dan semua rakyat perlu sentiasa berdiri teguh di bawah kepimpinan negara.

Katanya, jangan mudah terpengaruh dengan sebarang perkara negatif yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan, sehingga membawa kepada perpecahan kaum.

“Seluruh lapisan rakyat juga seharusnya memperingati dan menghargai jasa serta pengorbanan para pejuang negara yang mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan perutusan sempena menyambut Hari Kebangsaan 2023, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, seiring dengan objektif Malaysia Madani di bawah Kerajaan Perpaduan, agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya menerima baik tindakan dan perancangan bagi membina semula kekuatan negara.

“Marilah kita sama-sama menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2023,” katanya.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment