Home » Hajiji melawat pameran SIE2023
Berita Tempatan Politik

Hajiji melawat pameran SIE2023

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe melawat gerai-gerai pameran SIE2023 kelmarin.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor meluangkan masa melawat gerai-gerai pameran yang diadakan Sabah International Expo 2023 (SIE2023), di sini kelmarin

Beliau memulakan lawatan di pameran Thailand pavilion yang menjadi pempamer antarabangsa terbesar pada SIE kali ini dengan 70 gerai semuanya.

Hajiji disambut oleh Duta Thailand di Malaysia, Lada Phuma bersama rombongan. Beliau disambut dengan persembahan tarian sempena dengan Mini Thailand Week.

Hajiji juga singgah ke Brunei Darussalam Pavillion yang mempunyai 26 gerai pameran, seterusnya Indonesia Pavillion serta beberapa gerai agensi kerajaan.

SIE2023 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sehingga 24 September 2023. 

Wakil-wakil dan pempamer dari 21 buah negara telah memenuhi dewan pameran itu untuk menghadiri sesi taklimat perniagaan selain menyertai hampir 300 gerai yang disediakan bagi mempamerkan pelbagai produk serta perkhidmatan.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe.

— TAMAT