Home » Shell menarik semula keputusan untuk menutup stesen petrol di Sabah
Berita Tempatan Politik

Shell menarik semula keputusan untuk menutup stesen petrol di Sabah

Sebelum ini dilaporkan 35 stesen minyak di Sabah dan Labuan di bawah Shell Timur Sdn Bhd akan ditutup menjelang Januari tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan sama berkata kerajaan negeri mengalu-alukan berita baik itu.

KOTA KINABALU: Shell menarik balik keputusan untuk menutup semua stesen petrol syarikat berkenaan di Sabah selepas mengadakan beberapa perbincangan dengan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri menerima baik maklum balas positif daripada Shell mengenai perkara ini.

“Ini adalah berita baik dan kerajaan negeri sangat mengalu-alukan keputusan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman Shell Timur Sdn Bhd untuk menarik balik keputusan untuk menutup 34 stesen petrol di Sabah berkuatkuasa Januari tahun depan adalah sesuatu yang positif.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Selepas pengumuman Shell pada Jun lepas, Hajiji telah berjumpa dengan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman bagi membincangkan isu berkenaan.

“Kami membawa isu ini kepada pengetahuan kerajaan Persekutuan, dan kami menghargai kerajaan Persekutuan yang prihatin dengan isu ini,” katanya.

–Yap Siong Han