Home » Tendang pengadil: Selangor FC tamatkan khidmat Yazan Al-Arab
Berita Dalam Negara Sukan

Tendang pengadil: Selangor FC tamatkan khidmat Yazan Al-Arab

Yazan telah melakukan 35 penampilan bersama Gergasi Merah dan menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Super 2023. – Foto Astro ARENA

SUSULAN insiden membabitkan pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab, yang didapati menendang pengadil dalam suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu FC pada hujung bulan lalu, kelab berkenaan mengumumkan bahawa kontrak pemain kebangsaan Jordan itu ditamatkan serta-merta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Selangor FC berkata mereka telah menjalankan satu prosiding tatatertib melibatkan insiden berkenaan sebelum keputusan itu dibuat.

Menerusi video dan gambar yang ditularkan di laman-laman sosial, Yazan didapati menendang pengadil, Hasrol Amir, selepas dilayangkan kad merah dalam aksi berkenaan. 

Sebagai rekod, Yazan telah melakukan 35 penampilan bersama Gergasi Merah dan menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Super 2023.

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment