Home » Seni kebudayaan perlu diperlihara, boleh jadi tarikan pelancong – Riduan 
Berita Tempatan Politik

Seni kebudayaan perlu diperlihara, boleh jadi tarikan pelancong – Riduan 

Riduan berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Persatuan Seni Kebudayaan Murut Tenom di sini, baru-baru ini.

TENOM: Seni Kebudayaan setiap etnik di Sabah perlu diperlihara agar mampu dijadikan satu daya tarikan kepada pelancong ke negeri ini.

Ahli parlimen Tenom Riduan Rubin berkata, setiap seni perlu diwarisi oleh generasi muda  supaya ia tidak ditelan zaman.

“Jangan tunggu dijemput dalam menjadi penyambut datang orang kenamaan baharu aktif, sebaliknya persatuan boleh membuat aktiviti tersendiri untuk mendidik golongan muda supaya mereka tidak terpengaruh dengan budaya barat,” katanya ketika merasmikan pelancaran Persatuan Seni Kebudayaan Murut Tenom di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, ketika melawat Indonesia, didapati setiap seni budaya dalam negara berkenaan dipersembahkan kepada pelancong.

Dalam pada itu, Riduan juga menghargai usaha Pengerusi Persatuan Seni Kebudayaan Murut Tenom, Laimpah Asik kerana berjaya mendaftarkan persatuan itu.

“Selaku Ahli Parlimen Tenom, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu. Saya juga mahu kepimpinan persatuan ini tidak hanya menumpukan tarian dan memalukan gong sahaja.

“Tetapi dapat membawa pelbagai seni budaya dalam latihan diadakan seperti sagundoi dan pelbagai lagi,” katanya. 

Sementara itu, Laimpah berkata, persatuan berkenaan akan berkerjasama sama semua persatuan yang ada di Tenom sekiranya mereka memerlukan tarian tradisional Murut kerana semua penari dan pemukul gong sudah terlatih.

Beliau juga berharap kehadiran Timbalan Pengerusi Kebudayaan Sabah, Stanis Buandi dapat memudahkan urusan persatuan memohon untuk disenaraikan dalam Kebudayaan Sabah.

Turut hadir Mantan Senator Datuk Dr. Lucas Umbul, Ketua Daerah Tenom OKK Edward Sibin dan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Melalap Rosnah Ullap.

— Yap Siong Han