Home » Kes serangan beruang di Jepun meningkat
Berita Am Berita Luar Negara

Kes serangan beruang di Jepun meningkat

Seramai 109 orang cedera, manakala dua maut antara April dan September, kebanyakan kes dilaporkan di Honshu. – Foto fail/AP


TOKYO:
Jepun tahun ini menyaksikan peningkatan mendadak jumlah kes serangan beruang, lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Ahad.

Seramai 109 orang cedera, manakala dua maut antara April dan September, kebanyakan kes dilaporkan di Honshu, menurut Kyodo News, memetik data Kementerian Alam Sekitar.

Jumlah itu yang tertinggi untuk tempoh yang sama sejak tahun 2007.

Kes dilaporkan di 15 daripada 47 wilayah Jepun dalam tempoh enam bulan dari April, dengan kira-kira 70 peratus kes di negeri di timur laut Jepun.

Akita merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 28 orang, diikuti oleh Iwate dan Fukushima masing-masing 27 dan 13 orang.

–BERNAMA-XINHUA

AWANI