Home » Jangan tarik balik baki peruntukan untuk Sabah
Politik Sudut Pandangan

Jangan tarik balik baki peruntukan untuk Sabah

Memetik perbahasan Ahli Parlimen Putatan yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Ir Shahelmey Yahya di Dewan Rakyat, setakat 30 September hanya RM2.6 bilion dapat dibelanjakan atau 40 peratus daripada keseluruhan peruntukkan. Memandangkan, tahun 2023 hanya berbaki 2 bulan, ada lah mustahil membelanjakan baki RM3.9 bilion.

BERDEKAD-DEKAD baki peruntukkan pembangunan Persekutuan untuk Sabah dikitar semula, kerana setiap tahun hampir separuh peruntukkan tidak dapat dibelanjakan.

Untuk menangani baki peruntukkkan yang dikitar semula, kerajaan Sabah telah menubuhkan Tabung Amanah Khas, akan tetapi, sangat bergantung daripada Kerajaan Persekutuan apa kah bersetuju memasukkan baki peruntukkan itu pada tabung khas tersebut.

Untuk Peruntukkan Pembangunan bagi Sabah tahun 2023 yang berjumlah RM6.5 bilion, memetik perbahasan Ahli Parlimen Putatan yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Ir Shahelmey Yahya di Dewan Rakyat, setakat 30 September hanya RM2.6 bilion dapat dibelanjakan atau 40 peratus daripada keseluruhan peruntukkan. Memandangkan, tahun 2023 hanya berbaki 2 bulan, ada lah mustahil membelanjakan baki RM3.9 bilion.

Satu pertanyaan, apa kah menerusi Peruntukkan bagi tahun 2024 yang bertambah RM100 juta kepada RM6.6 bilion, baki RM3.9 bilion ada kah sebahagian peruntukkan itu?. Jika ya, maka peruntukan baharu untuk Sabah hanya berjumlah RM2.7 bilion. Akan tetapi jika tidak, maka bagi tahun 2024, Sabah mempunyai peruntukkan untuk pembangunan berjumlah RM10.5 bilion.

Apabila peruntukkan tersedia dalam tabung, maka memudahkan kerajaan Sabah melaksanakan projek yang dicadang tanpa terganggu urusan birokrasi.

Sabah walaupun berterima kasih pada Kerajaan Persekutuan kerana setiap tahun memperuntukkan sejumlah dana untuk pembangunan, akan tetapi selain jumlah yang tidak sepadan dengan keperluan negeri, akan tetapi berhadapan dengan peruntukkan kitar semula.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News