Home » Warisan UMNO bekerjasama mengapa pulak GRS yang terancam?
Politik Sudut Pandangan

Warisan UMNO bekerjasama mengapa pulak GRS yang terancam?

Warisan dijangka akan bekerjasama di Pilihanraya Sabah ke -17 akan datang. (Gambar Hiasan)

LAMAN sosial pro Warisan Mawar Channel (31 Oktober 2023), memilih tajuk “ GRS Terancam dengan cadangan Kerjasama Warisan + UMNO Sabah” dengan mendakwa bahwa hampir setiap hari, GRS bekerja keras mainkan propaganda jahat di media Sosial bagi mengagalkan CADANGAN kerjasama Warisan + UMNO, tetapi malangnya, tiada satupun paparan skrin yang terkait dengan GRS menyokong dakwaan itu.

Pada hakikatnya, simpatisan, penyokong, ahli, pemimpin GRS, tidak terlintas sama sekali, mana-mana parti yang berkerjasama merupakan ancaman, kerana GRS berpandukan pada pendekatan, perjuangan, strategi untuk menambat hati rakyat, kerana rakyat ada lah pengadil, bukan nya mana-mana parti.

Dalam politik itu, mana-mana parti dapat sokongan rakyat, parti itu lah yang bakal mendapat mandat semasa pilihan raya, bukannya terletak pada mana-mana kerjasama antara parti.

Mungkin laman Mawar Channel tidak sedar, bahawa parti hanya “vehicle” untuk digunakan semasa pilihan raya. “Vehicle” tiada erti apa-apa, jika ianya tidak diterima oleh rakyat atau pengundi. Sebanyak mana pun “vehicle” atau parti-parti bekerjasama, tidak membawa erti apa-apa jika rakyat tidak memberi sokongan.

Kerana tugas simpatisan, ahli, penyokong atau pemimpin GRS memberi tahu rakyat berkaitan fakta, maka akan terkait dengan parti lain termasuk Warisan atau mana-mana parti yang mengelirukan rakyat, memfitnah, berbohong.

Seperti mana dakwaan, laman sosial Mawar Channel (dikatakan dibelakang admin channel ini adalah Ketua Penerangan Warisan, Datuk Aziz Jamman) kononnya selepas Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bersama wakil rakyat yang menyokong beliau keluar secara enblok daripada Bersatu pada Disember 2022, maka kumpulan Ketua Menteri itu sudah tidak berparti. Dakwaan itu adalah dakwaan karut, kerana semasa GRS ditdaftarkan semua wakil rakyat Bersatu adalah juga ahli parti GRS.

Dakwaan, kononnya semasa PMX datang ke Sabah pada malam 9 Januari 2023, hasil rundingan, hendaklah ditubuhkan kerajaan Perpaduan yang melibatkan UMNO kumpulan Bung, Warisan, dan mngekalkan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri, adalah dakwaan karut, kerana sebelum pertemuaan tiga penjuru dengan PMX, PMX mengumumkan terlebih dahulu, bahawa semua pihak perlu memberi peluang kepada Hajiji menerajui kerajaan negeri, dan sebarang kerjasama, hendaklah tertakluk kepada keputusan pemimpin Sabah.

Semasa kunjungan PMX, Datuk Seri Haji Hajiji telahpun mempunyai sokongan 44/79, sokongan majoriti mudah, ertinya tidak timbul mererlukan sokongan ADUN Warisan atau kumpulan Bung Moktar.

Tidak masuk akal untuk menerima kumpulan Bung, sedangkan mereka adalah sebahagian kerajaan BN-GRS sehingga 5 Januari 2023, dan bertindak menarik sokongan pada 6 Januari, kerana berpakat dengan Warisan untuk mengambil alih kerajaan.

Sama dengan membunuh diri, apabila menerima bekas kawan yang cuba menjatuhkan kerajaan menerusi pintu belakang.

Berkaitan kenaikkan peruntukan untuk wakil-wakil rakyat, ianya tidak kena mengena dengan peribadi seseorang wakil rakyat, kerana peruntukan itu semuanya untuk rakyat, mungkin semasa Kerajaan Parti Warisan, peruntukkan itu untuk kegunaan wakil rakyat secara peribadi? Sebab itu, semasa kerajaan warisan, wakil-wakil rakyat berubah gaya hidup.

Ada lah wajar, mana-mana wakil rakyat yang menyokong kerajaan dilantik ke jawatan-jawatan politik atau syarikat-syarikat berkait kerajaan, kerana diperlukan untuk membantu kerajaan. Mengurus sebuah kerajaan, tiada istilah “one man show” melainkan secara kolektif, bukan seperti semasa Parti Warisan menerintah, seolah-olah tiada rakyat lain yang boleh menyumbang, melainkan mereka yang berasal daripada Semporna.

Berkaitan dakwaan channel itu bahawa Hajiji mengkhianati Shafie, Bung Moktar,Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhiyiddin untuk mengejar kuasa, adalah karut, kerana tiada mana-mana kesempatan atau kejadian Hajiji khianat.

Bercakap tindakan khianat, Shafie lah yang khianat, kerana semasa kerajaan Warisan Hajiji dan wakil rakyat Bersatu menyokong kerajaan, akan tetapi, tidak pernah diberi layanan sebagai penyokong kerajaan.

Manakala Bung, Bung lah yang khianat, kerana mengerakkan KUDETA pada 6 Januari.

Berkaitan Tun Dr Mahathir, tiada siapa yang khianat, melainkan PM ke-7 itu lah keluar daripada Bersatu.

Dengan Tan Sri Muhiyiddin pula, kerana Perikatan Nasional (PN) menolak pengwujudan kerajaan Perpaduan, untuk menjadi pembangkang.

Adalah tidak lojik, kerajaan yang menerajui Sabah menjadi pembangkang kepada Persekutuan, sedangkan GRS hanya mempunyai 6 ahli parlimen, tidak memberi kesan apa-apa pada kerajaan Persekutuan yang turut sama disokong GPS-Sarawak.

Keutamaan Hajiji adalah untuk rakyat dan negeri, bukannya peribadi. Sebab itu dibuktikan, apabila GRS yang dipimpin beliau menerajui kerajaan negeri, ekonomi negeri dapat dipulihkan daripada pertumbuhan NEGATIF 9.2 peratus pada tahun 2020, kesan pemerintahan Parti Warisan, menjadi positif bermula tahun 2021. Selain itu, kutipan hasil negeri hampir RM7 bilion pada tahun 2022, rekod tertinggi pernah dicapai, nilai perdagangan Sabah juga mencatit RM118.1 bilion pada tahun yang sama, bukan sahaja pencapaian tertinggi, akan tetapi rekod untuk Sabah.

Berhubung mengejar kuasa, channel tajaan Aziz, Mawar Channel perlu bertanya pada Shafie dan Bung Moktar, apa yang dilakukan pada 6 Januari?

Hakikatnya, Parti Warisan dan Umno kumpulan Bung Moktar lah yang beria-ia mendapat kuasa. Mengejar kuasa oleh mana-mana pemimpin semuanya tertakluk pada rakyat. Tiada siapa yang boleh menguasai rakyat, melainkan rakyat lah menentukan pilihan mereka.

Bagi GRS dan parti-parti komponen gabungan itu, keutamaan adalah rakyat dan negeri. Terpulang pada rakyat Sabah pada PRN17 akan datang, parti mana yang mereka beri mandat untuk menerajui kerajaan.

Bagi pemimpin GRS dan kerajaan yang diterajui, hanya berusaha sebaik mungkin, semaksimum mungkin untuk memajukan rakyat dan negeri.
Bagi pemimpin GRS, apa yang penting apabila dapat menyelesaikan masalah-masalah atau rungutan rakyat. Sebab itu, para pemimpin gabungan itu memilih DIAM UBI BERISI, bukannya hanya terlolong-lolong seperti tin kosong.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment