Home » Jawatan anak pemimpin
Politik Sudut Pandangan

Jawatan anak pemimpin

Mawar Channel ialah media sosial pro - Warisan yang aktif menyebarkan propaganda anti-Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

MEMUSNAHKAN ketua, adalah strategi untuk menang perang. Sebab itu, tidak pelik apabila pembangkang termasuk penyokong mereka menggunakan berbagai cara, platform menyerang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Bagi sang ketua, tiada akan terkesan dengan berbagai serangan, kerana tahu itu lah strategi pihak lawan. Bagi seseorang ketua, tidak akan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.

Tetapi penyokong sang ketua, tidak akan membiarkan sang ketua diserang bertubi-tubi tanpa pembelaan. Kerana tugas penyokong untuk mempertahankan sang ketua.

Bagi penyokong selagi sang ketua berada dilandasan betul, maka akan terus disokong dan dibela, kerana penyokong berpendirian, “Raja Adil Raja Disembah Raja Zalim Raja Disanggah”.

Apabila Datuk Seri Haji Hajiji didakwa oleh Mawar Channel telah salahguna kuasa, kerana dua anak beliau berjawatan, ianya bukan lagi dakwaan salahguna kuasa, akan tetapi penghinaan pada seorang warganegara, kerana kebolehan yang pada mereka wajib dinafikan kerana sang bapa seorang Ketua Menteri.

Menjadi jurutera bertauliah bukan mudah. Ianya hasil usaha seseorang itu, tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuk ibu bapa.

Apakah usaha seseorang warganegara/rakyat Sabah sehingga menjadi jurutera awam, dan menunjukkan prestasi yang baik, wajib dinafikan, hanya kerana bapanya pemimpin negeri?

Demikian juga seorang anak muda yang berkebolehan dalam dunia politik, kepimpinan, kemudian ada pemimpin menjadikannya sebagai setiausaha politik untuk membantu dalam urusan politik, kemudian perlu menolak tawaran semata-mata sang bapa adalah Ketua Menteri?

Orang yang berada dibelakang Mawar Channel, jika pun kemaruk sangat mendapat sokongan rakyat menerusi cara kotor, ada lah tidak adil bagi jurutera awam bernama Puan Nur Diyana binti Hajiji, didakwa kerana bapanya seorang pemimpin politik utama negeri, maka mendapat kedudukan sesuai dengan kelayakan dan kemahiran. Tidak terfikir kah oleh orang di belakang Mawar Channel, kebolehan seseorang tidak dapat ditentukan oleh mana-mana pihak, kecuali oleh orang itu, serta pihak penilai dalam bidang yang sama. Mereka yang menilai apa kah seseorang penjawat awam sesuai dengan jawatan adalah pihak-pihak yang bertauliah. Apabila mendakwa kenaikkan pangkat seseorang kerana pengaruh daripada kedudukan pihak yang tidak terbabit, maka ertinya menghina kewibawaan mereka yang menyokong kenaikkan pangkat seseorang itu.

Bagi seorang anak kepada Ketua Menteri yang turut dipetik, saudara Ghazali Haji Hajiji, kerana menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, bagi Sabah dan Sarawak, sepatutnya orang dibelakang Mawar Channel turut berbangga, kerana anak watan negeri mendapat pendedahan di peringkat Nasional, lagi pun yang melantik adalah Menteri anggota Kabinet Persekutuan, tiada pengaruh langsung secara pentadbiraan dengan Ketua Menteri.

Bagi rakyat yang celik akal, tidak akan terpedaya, bahawa kedudukan anak-anak Ketua Menteri terkait dengan salahguna kuasa, kerana dilihat daripada sudut mana pun, tiada pembabitan Ketua Menteri.

Ada lah tidak adil pada anak-anak atau saudara-saudara yang terkait dengan Ketua Menteri, maka perlu menolak peluang-peluang menyumbang kepada negerinya sendiri, kerana takut, tuduhan salahguna kuasa.

Kepada orang dibelakang Mawar Channel, setiap rakyat Sabah mempunyai hak menyumbang kepada negeri, kepada rakyat, bukannya menyumbang fitnah, sifat busuk hati, seperti mana pilihan orang di belakang Mawar Channel.

**Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment