Home » Kekalahan teruk UMNO di PRK Kemaman
Berita Tempatan Politik Sudut Pandangan

Kekalahan teruk UMNO di PRK Kemaman

Calon Barisan Nasional (BN) kalah teruk di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman apabila hanya mendapat 27,778 undi berbanding calon PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua dari kanan) yang memperoleh 64,998 undi.

MASIH relevan kah United Malay National Organisation (UMNO) pada kaum melayu jika dirujuk pada keputusan pilihan raya kecil (PRK) Kemaman, Terengganu pada 2 Disember?

Pada PRK itu, undi calon UMNO kurang 30 peratus. Apa makna angka ini? Ertinya hanya kurang 30 peratus kaum melayu menyokong Umno.

Jika UMNO masih mahu dirujuk mewakili kaum melayu, ianya hanya atas nama sebuah parti politik, bukan kerana mewakili kaum melayu.

Sesebuah parti jika mahu dirujuk mewakili kaum melayu, setidak-tidaknya lebih separuh kaum itu menyokong.

Di Semenanjung bukan hanya pada PRK Kemaman, akan tetapi menerusi PRU15, PRN2023 di enam negeri, bahawa kaum melayu tidak lagi mahu diwakili UMNO.

Merujuk di Sabah, apabila kaum melayu telah menolak UMNO mewakili kaum itu, apa kah masih ada rakyat Sabah mahu diwakili parti itu? sedangkan kaum yang menyokongnya suatu masa dahulu telah menolak!!!.

Tekad pemimpin parti itu untuk bangkit. Apa kah keadah yang menjadi pendekatan untuk bangkit? sedangkan asas kekuatan tiada lagi.

Tidak dinafikan UMNO sebagai parti masih mendapat undi, tetapi dalam konteks demokrasi tidak dimencukupi untuk sebuah kemenangan.

Pada PRN17 Sabah akan mengsahkan lagi, UMNO Sabah akan ikut jejak UMNO Semenanjung, bahawa undi yang diperolehi, tidak dapat diterjemahkan pada kerusi.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News