Home » Isu apa lagi ada kesan pada rakyat?
Politik Sudut Pandangan

Isu apa lagi ada kesan pada rakyat?

Pengiktirafan terus terang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) terhadap komitmen Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor (kanan) menuntut hak-hak dan memajukan negeri adalah cerminan bahawa kepimpinan negeri berada pada landasan betul.

JIKA meneliti isu-isu yang sekian lama memberi kesan pada rakyat setiap kali pilihan raya selain isu kemudahan asas adalah isu pendatang asing tanpa izin (PATI/PTI) malah ada anggapan “sebahagian” daripada mereka ini diberi kad pengenalan (biru/warganegara).

Pada PRN17 akan datang isu berkaitan kemudahan asas sedikit mereda ekoran berbagai projek kerajaan yang sedang berjalan, akan berjalan berkaitan penyelesaian isu ini.

Isu lain seperti perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sudah berada dilandasan betul dan bergerak dengan pantas untuk pelaksanaan dan penyelesaian.

Kita semua perlu menerima hakikat walaupun MA63 adalah dokumen bertulis, memandangkan berdekad hanya berbentuk dokumen dan tidak dibaca untuk diteliti, kerana suatu ketika sesiapa yang membangkitkannya dianggap sebagai anti-nasional.

Pendek kata isu atau masalah pokok yang dihadapi rakyat dan negeri 3-4 tahun daripada sekarang akan teratasi.

Mengapa isu atau masalah pokok rakyat dapat diatasi ke arah penyelesaian? Sebabnya kerana adanya kepimpinan negeri yang komited dan berterusan mengurus, memperjuangankannya, tidak termakan rayuan untuk kepentingan diri, melainkan sanggup seperti lilin membakar diri untuk memberi cahaya pada rakyat secara umum.

Tindakan kepimpinan negeri diam ubi berisi bukan sahaja membuahkan hasil dengan pantas akan tetapi mendapat sokongan daripada kepimpinan Persekutuan kerana menyumbang kepada kestabilan politik tanah air.

Pengiktirafan terus terang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap komitmen Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menuntut hak-hak dan memajukan negeri adalah cerminan bahawa kepimpinan negeri berada pada landasan betul.

Kepimpinan pemimpin yang berada di landasan betul bukan sahaja perlu dikekalkan akan tetapi perlu berterusan.

Kepimpinan berada di landasan betul apabila bersih daripada pemimpin gunting dalam lipatan, bebas pemimpin seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sebaliknya kepimpinan bagaikan aur dengan tebing.

Kepimpinan sedemikian lah diperlukan rakyat untuk mempercepat kemajuan dan pembangunan negeri.

Tentunya kepimpinan yang diterajui Ketua Menteri dapat diteruskan jika rakyat pada PRN17 memberi sokongan tidak berbelah bahagi pada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment