Home » Tiada ketua menteri sunyi daripada fitnah
Politik Sudut Pandangan

Tiada ketua menteri sunyi daripada fitnah

Apabila Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (kanan) dilontarkan dengan berbagai tuduhan, umpamanya gagal menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin (PATI), isu bekalan air dan elektrik dan jalan raya, kemiskinan sebenarnya tuduhan itu, bersifat ugutan atau paksaan, kerana memangpun tiada ketua menteri boleh menyelesaikan sesuatu perkara yang telah berlaku berdekad yang diwarisi dalam tempoh singkat.

TUJUAN mana-mana parti politik adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat, supaya ketua parti menjadi Ketua Menteri atau jawatan penting lain.

Apabila ketua atau pemimpin yang disokong mempunyai jawatan, maka dengan sendirinya penyokong ikut tumpang sekaki.

Tiada cara ketua parti atau pemimpin yang disokong menjadi Ketua Menteri, jika ada pemimpin parti lain menduduki jawatan itu.

Nah, agar pemimpin parti yang menjadi ketua menteri itu hilang jawatan, maka parti yang dipimpin perlu dikalahkan dalam pilihan raya.

Apabila Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dilontarkan dengan berbagai tuduhan, umpamanya gagal menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin (PATI), isu bekalan air dan elektrik dan jalan raya, kemiskinan sebenarnya tuduhan itu, bersifat ugutan atau paksaan, kerana memangpun tiada ketua menteri boleh menyelesaikan sesuatu perkara yang telah berlaku berdekad yang diwarisi dalam tempoh singkat.

Pun demikian, Ketua Menteri dan kerajaan berusaha sedaya upaya cuba menyelesaikan isu-isu atau masalah yang diwarisi, secara berperingkat, dan mengharapkan ada satu titik atau tempoh masa semuanya dinoktahkan.

Menyelesaikan masalah-masalah yang menyelubungi rakyat perlu visi yang jelas. Sebab itu Ketua Menteri melancarkan misi SABAH MAJU JAYA. Menerusi misi itu telah dibutirkan strategi/keadah untuk tujuan penyelesaian.

Tentunya, setiap rancangan perlu tempoh masa tertentu, kerana tiada siapa yang mempunyai lampu alladdin termasuk Ketua Menteri atau kerajaan.

Haters atau pengeritik perlu mengambil iktibar berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Walaupun perkara ini jelas termaktub dalam perlembagaan, 60 tahun tidak semuanya dilaksana atau direalisasikan.

Haters juga perlu membuka minda, isu sampah di Semporna contohnya, tidak selesai-selesai, sedangkan Semporna itu hanya sebuah kawasan parlimen.

Haters juga perlu melihat berkaitan kegiatan penyeludupan, dadah, berapa lama, masalah-masalah tidak dapat diatasi, sedangkan bukan sedikit undang-undang, agensi yang terlibat. Ertinya, setiap masalah yang timbul, selain usaha pencegahan yang berterusan, pada masa yang sama tiada Ketua Menteri atau Perdana Menteri yang pernah menyelesaikan secara tuntas.

Perkara pokok yang perlu diambilkira rakyat adalah bentuk penyelesaian yang dilaksanakan kerajaan. Isu kemiskinan misalnya sedang berjalan dengan baik, isu penyelesaian tenaga dan bekalan air juga sedang berjalan. Isu PATI, juga sedangkan ditangani sebaik mungkin.

Jika haters atau pemitnah mengikuti bajet tahunan negeri, tindakan berbagai kementerian, jabatan termasuk agensi kerajaan, akan jelas dan terang usaha, strategi, termasuk pencapaian dan kejayaan kerajaan dalam tempoh tiga tahun.

Isu-isu yang dihadapi rakyat tentunya boleh diselesaikan, jika semua perancangan kerajaan berjalan dengan lancar, tanpa diganggu dengan perbuatan-perbuatan fitnah.

Perbuatan fitnah menjadi penganggu, kerana sesebuah projek terpaksa dihentikan atau ditangguhkan kerana terpaksa mendapat “clearance” terlebih dahulu daripada agensi berkuasa seperti SPRM. Apabila sesuatu projek terpaksa ditangguh, bukan sahaja melambatkan penyiapan, kemungkinan juga kos meningkat berkali ganda, kerana keadaan dan masa yang berbeza semasa pelaksanaan.

Kepada rakyat Sabah secara keseluruhan, elak lah terpengaruh dengan dakyah-dakyah negatif, kerana semua itu hanya merugikan rakyat.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment