Home » Tiada rekod Warisan selamatkan Sabah
Politik Sudut Pandangan

Tiada rekod Warisan selamatkan Sabah

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal .


SLOGAN Parti Warisan mahu bekerjasama dengan Umno berhadapan PRN17 kononnya menyeleamatkan Sabah.

Bagaimana sebuah parti yang pernah menjadi kerajaan tiada rekod selamatkan Sabah apa lagi rakyatnya yang ada adalah rekod memusnahkan ekonomi negeri.

Untuk rekod pertumbuhan ekonomi negeri sebelum diambilalih Parti Warisan, purata 8 peratus setahun. Sebaik sahaja parti Warisan mengambil alih menerusi tebuk atap pada 12 Mei 2018, pertumbuhan ekonomi negeri menjunam ke 1.5 peratus pada tahun 2018, 0.5 peratus pada tahun 2019, negatif 9.2 peratus pada tahun 2020 ketika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) baru mengambil alih pentadbiran.

Selain itu, bayaran khas yang diharapkan sebagai pendahulan daripada tuntutan 40 peratus hasil bersih kutipan Persekutuan daripada Sabah, kerajaan Parti Warisan bersetuju hanya berjumlah RM53.4 juta. Nasib baik lah kerajaan yang dipimpin Shafie tumbang, maka kerajaan GRS yang mengambil alih membatalkan persetujuan itu dan memohon angka yang lebih munsabah.

Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 bersetuju dengan jumlah RM125 juta dan dinaikkan ke RM300 juta pada tahun 2023.

Secara fakta, jika bercakap kerajaan mana yang menyelamatkan Sabah dan rakyatnya ada lah kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Rekod menunjukkan kerajaan GRS telah dapat memulihkan perekonomian negeri, kutipan hasil mencatit tertinggi sejak merdeka, iaitu hampir RM7bilion pada tahun 2022, nilai perdagangan juga meningkat RM118.1 Bilion pada tahun yang sama, rekod tertinggi yang pernah dicapai.

Rekod pencapaian Kerajaan GRS bukannya retorik akan tetapi fakta, manakala Pemimpin Parti Warisan hanya berpandukan retorik (tiada asas sama sekali).

Memang mudah menabur janji, berkata berdegar-degar, akan tetapi semuanya tin kosong.

Rakyat Sabah bukan mudah digula-gulakan dengan janji-janji manis. Rakyat Sabah berpandukan pada fakta menyokong sesebuah parti atau kerajaan. Fakta dengan jelas adalah milik Kerajaan GRS (GRS PH) yang dipimpin Ketua Menteri.

Pada PRN17 akan datang, rekod pencapaian GRS lah yang membolehkan parti itu mendapat mandat daripada rakyat untuk meneruskan pemerintahan, bukannya berpandukan pada janji-janji retorik dan tin kosong.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment