Home » Parti Politik Sabah – Asas sebenar rakyat
Politik Sudut Pandangan

Parti Politik Sabah – Asas sebenar rakyat

JIKA meneliti profail parti politik yang pernah mendapat sokongan rakyat adalah parti yang terkait dengan pemimpin tertentu.

Sabah adalah negeri yang paling banyak parti ditubuhkan selain Negeri Sarawak. Penubuhan parti-parti yang banyak ini tentunya sesuai dengan masyarkat majmuk dua negeri, kerana semangat setiap suku kaum atau kumpulan suku kaum memperjuangkan untung nasib kaum mereka dalam politik negara.

Walaupun banyak parti-parti, didapati hanya parti yang dipimpin seseorang pemimpin yang mendapat kepercayaan daripada kumpulan kaum atau kaum tertentu yang dirasai kehadiran parti-parti itu apabila menang kerusi dalam pilihan raya, termasuk dapat membentuk kerajaan.

Di Sabah pada keadaan politik hari ini, dua pemimpin parti menjadi tumpuan utama, iaitu Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebagai Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Shafie Apdal-Presiden Parti Warisan, serta dua parti politik yang berkiblatkan pemimpin nasional, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH).

Baik Hajiji, Shafie dan BN menerusi Parti Umno bermain dikolam yang sama, iaitu kolam bumiputra, terutama bumiputera islam. Jatuh bangunnya tiga entiti ini, bergantung pada sokongan rakyat di daripada kolam yang sama.

Hajiji menerusi Gagasan Rakyat, Shafie dengan Warisan, manakala Umno dan PH memerpergunakan sosok kepimpinan nasional.

Dalam politik terkini Sabah, baik Hajiji dan Shafie mempunyai kekuatan di wilayah-wilayah tertentu, dan siapa kah di antara mereka dapat sokongan menyebar dan luas, maka akan keluar sebagai pemenang.

Pada keadaan sama juga berlaku, bahawa Umno masih ada kekuatan di kawasan-kawasan tertentu kerena elemen pemimpin tempatan di kawasan tertentu tersebut, bukan lagi atas faktor parti.

Pada PRN17 akan datang, semakin jelas, parti yang dipimpin samada oleh Hajiji atau kah Shafie yang mana satu mendapat sokongan rakyat.

Lazimnya politik Sabah seperti mana yang telah berlaku di masa-masa lalu, parti yang hilang kuasa menerusi pilihan raya tiada yang pernah bangkit lagi. Jika parti yang hilang kuasa itu masih sebahagian kerajaan, kerana perubahan pendekatan parti itu yang bekerjasama dengan parti lain.

Mungkin kerana pertimbangan Umno Sabah dan Parti Warisan yang sama-sama ditolak semasa pilihan raya, jika dua-dua bekerjasama, maka mahu mengumpul kekuatan menerusi penjumlahan undi masing-masing, dengan mengambilkira, pemindahan undi masing-masing, maka dapat membuahkan undi yang signifikan untuk diterjemahkan sebagai kerusi.

Betul di atas kertas berpandukan pada keputusan pengundian yang lalu-lalu, baik Umno atau Warisan mempunyai jumlah undi yang cukup siginifikan. Betul apabila undi parti itu dijumlahkan lebih besar jumlahnya berbanding dengan undi parti-parti lain.

Persoalannya, sesuai dengan latar belakang politik Sabah, teori pemindahan undi itu, tidak berlaku, atas sebab mereka yang menolak dua parti itu tidak akan lagi menyokong semula, kerana mereka telah ada platform baharu. Penyokong asal dua parti sebahagian besar telah berhijrah, dan apabila dua parti bekerjasama, tidak semestinya menjadi penarik untuk mereka kembali, sebaliknya, tindakan itu dilihat sebagai tindakan terdesak untuk dilihat relevan.

Latar belakang politik Sabah sangat jelas, bahawa pada satu-satu masa hanya seorang pemimpin yang akan diberi sokongan dan diberi mandat. Dalam era politik Sabah terkini, giliran Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor. Kerana giliran itu, apa tah lagi Ketua Menteri itu memimpin sebuah parti yang meletakan perjuangan utama Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah Undi Demi Sayangi Sabah untuk menuju Kestabilan, Kemakmuran dan Kesejahteraan menerusi HALATUJU yang jelas SABAH MAJU JAYA.

Adalah dirasakan, mana-mana parti politik termasuk lah parti yang pernah menikmati kuasa, bahawa pada PRN17 akan datang, hanya sebahagian memeriahkan pesta demokrasi, dan keputusannya dapat diduga, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan keluar sebagai pemenang, termasuk penguasaan Gagasan Rakyat di kawasan-kawasan yang dahuluinya dianggap sebagai kawasan tradisi Umno atau pun Warisan.

Tentunya semua itu akan tercapai atau terealisai menerusi kerja kuat, kerana yang bulat itu tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News