Home » Kutipan hasil negeri masih terhad pada sumber asli
Politik Sudut Pandangan

Kutipan hasil negeri masih terhad pada sumber asli

Sabah sedang berusaha melipat gandakan aktivti ekonomi khususnya yang melibatkan ramai rakyat. Aktiviti ekonomi yang amat ketara adalah sektor pelancongan. (Gambar hiasan)

APABILA kutipan hasil negeri masih bergantung sumber asli seperti minyak dan gas, CPO dan CJN lain juga hasil industri semulajadi, adalah satu gambaran bahawa pengelibatan rakyat dalam pengembangan ekonomi masih rendah. Apabila pengelibatan masih rendah, dengan sendirinya menunjukkan bahawa sumber pendapatan mereka dalam sektor perekonomian juga rendah.

Betul daripada segi kutipan hasil negeri meningkat, kesan kenaikkan harga minyak dan gas, kenaikkan harga CPO, selain bertambahnya serbaneka kutipan hasil bercukai, dan kutipan hasil itu membolehkan kerajaan berbelanja untuk menaik taraf kemudahan asas rakyat untuk mendorong dan menyokong aktiviti ekonomi yang melibatkan rakyat.

Kemudahan jalan raya untuk mendorong pembaikkan logistik, mempermudah aliran barangan daripada satu tempat ke tempat lain.

Sabah sedang berusaha melipat gandakan aktivti ekonomi khususnya yang melibatkan ramai rakyat. Aktiviti ekonomi yang amat ketara adalah sektor pelancongan. Sektor ini bukan sahaja merupakan industri matahari terbit bagi Sabah, juga menyediakan peluang-peluang pekerjaaan yang tinggi.

Sektor pelancongan menjadi pilihan pencari kerja, berbanding sektor lain yang bersifat three D, dirty, danggerous, difficult, seperti pelombongan, peladangan, pembinaan.

Hujung tahun yang membabitkan cuti panjang, tumpuan pelancongan, dikhabarkan sesak, inap desa, atau chalet, dikatakan “full capacity”. Keadaan demikian membuktikan bahawa sektor pelancongan adalah sektor yang pengerak pada ekonomi negeri, juga sebagai industri penyedia banyak peluang-peluang pekerjaan.

Betul dalam menganeka kutipan hasil, kerajaan negeri menerima pelaburan-pelaburan asing dalam sektor pembuatan, yang juga dapat menyediakan ribuan peluang pekerajaan.

Kerajaan negeri amat sedar dan maklum, bersandar pada kutipan hasil bersandar sumber semulajadi, kurang menyediakan peluang-peluang pekerajaan kerana sektor ini, membabitkan kepakaran tertentu, dan bukan berisfat industri labour intensif akan tetapi capital intensif.

Kerajaan perlu menseimbangkan antara labour intensif dan capital intensif dalam upaya mengurangkan jumlah rakyat yang tidak berpendapatan.

Usaha ini hanya boleh dicapai menerusi kerajaan yang berterusan, stabil, tidak dipengaruhi unsur-unsur politik yang membawa kepada kemunduran.

Tergambar sangat, ahli-ahli politik yang cuba menjadi relevan, apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak membina, berunsur negatif, termasuk berunsur fitnah dan mengelirukan rakyat, termasuk lah kekurangan arifan mengenai barangan keperluan rakyat, umpamanya tidak membezakan antara harga “whole chicken” dengan “chicken parts” hanya bertujuan mengelirukan rakyat.

Memandangkan sektor pelancongan Sabah menyumbang resep hasil yang signifikan pada negeri, adalah cukup berbaloi mengekalkan mereka yang terlibat dengan industri agar kesinambungan berterusan. Menggantikan mereka dengan yang baharu, bukan sahaja menganggu keterlangsungan juga mungkin berlaku perubahan pendekatan yang tidak mendokong. Teruskan kerja-kerja berdaya maju, jangan potong ditengahkan jalan, kerana motif politik.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News