Home » Kawalselia tenaga bagaikan sorak kampung tergadai
Politik Sudut Pandangan

Kawalselia tenaga bagaikan sorak kampung tergadai

Benarlah kenyataan Pengerusi SESB, Datuk Madius Tanggau, selepas 3 Januari 2024, tiada siapapun rakyat Sabah (pengguna) perlu menuding jari pada mana-mana pihak, kerana urusan berkaitan tenaga termasuk tarif adalah kuasa penuh kerajaan negeri.

JIKA benar lah laporan daily express Sabah yang memetik kenyataan Pengerusi Ahli Lembaga K.K.I.P. Power Sdn Bhd, bahawa Suruhanjaya Tenaga Sabah telah memperkenalkan tarif elektrik baharu dengan lonjakan sehingga 242 peratus menerusi mekanisme tambahan nilai (surchage)- Implementation of Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), yang menunjukkan perubahan tarif dariada 2.11 sen per kWh ke 7.21 sen per kWh, menggambarkan kawalselia tenaga yang bakal diambilalih kerajaan negeri bermula pada 3 Januari 2024 ( pada hari sama ada Sidang Khas Dun Sabah memuktamadkan pengambilalihan menerusi RUU tenaga negeri) bagaikan menang sorak kampung tergadai.

Di laman facebook, telah terbaca satu perkongsian mantan pegawai kanan negeri yang telah bersara setahun yang lalu, meminta kawan-kawan facebook beliau untuk meneliti bill letrik masing-masing, kerana bill elekterik beliau telah naik secara mendadak.

Perkongsian itu memang betul, kerana bill letrik penulis juga telah meningkat sekali ganda, sedangkan penggunaan bukanpun bertambah akan tetapi sepatutnya berkurangan, kesan black-out yang memanjang.

Benar lah kenyataan Pengerusi SESB, Datuk Madius Tanggau, selepas 3 Januari 2024, tiada siapapun rakyat Sabah (pengguna) perlu menuding jari pada mana-mana pihak, kerana urusan berkaitan tenaga termasuk tarif adalah kuasa penuh kerajaan negeri.

Jika perkhidamatan utliti itu menaikkan tarif menerusi suruhanjaya tenaga negeri, maka ia sepenuhnya keputusan kerajaan negeri.

Jika sebelum ini, rakyat Sabah mengeluh atas kekerapan black-out, dengan traif 2.11 sen per kWh, maka nampaknya keluahan berganda dengan kenaikan tarif 7.21 sen per kWh.

Betul tarif 7.21 sen per kWh sangat bergantung pada penggunaan, ertinya, tarif itu hanya tergunapakai apabila penggunaan melebihi ambang penggunaan minimum penggunaan (terutama rumah-rumah kediaman). Selagi tidak melepasi ambang penggunaan minimum, maka tarif 7.21 sen per kWh tidak tergunapakai. Persoalannya, tiada mana-mana pengguna mempunyai kapasiti memantau batas penggunaan minimum.

Pengguna yang melepasi pengunaan minimum secara automatik berdepan dengan surcharge, yang berkali lipat jumahnya. Jadi tidak pelik, apabila ada pengguna terperangkap dengan nilai bil yang berkali ganda jumlahnya.

Ada lah dilihat pengiraan nilai bil, ada lah isu akaunting atau teknikal, ertinya, kerajaan masih boleh menggariskan mekanisme pengiraan, agar bil utiliti tidak membebankan rakyat, untuk mengelak persepsi negatif terhadap pengawalanselia tenaga, menyebabkan rakyat Sabah jatuh dtimpa tangga, dan tidak menjadikan pengambilan kawal selia tenaga oleh kerajaan negeri meletakkan rakyat dalam situasi menang sorak kampung tergadai.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment