Home » Politik Sabah: Akan terwujudkah hanya satu platform?
Politik Sudut Pandangan

Politik Sabah: Akan terwujudkah hanya satu platform?

Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sejak menjadi Ketua Menteri, menggunakan berbagai pendekatan, untuk menyatupdukan semua pemimpin dalam satu platform.

URA-URA pengabungan parti-parti politik berasaskan KDMR semakin hangat dibincangkan dan mengisi berbagai platform media, baik memetik kenyataan-kenyataan pemimpin daripada parti-parti berkenaan, juga pandangan berbagai pihak yang menyokongnya.

Di pihak lain pula, parti-parti yang dilihat mewakili bumiputera islam bertindak saling menjauh antara satu sama lain.

Parti seperti Warisan dan Umno Sabah daripada kem Datuk Bung Moktar Radin memilih untuk bersaing dengan Gagasan rakyat, salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Seperti juga PKDM lebih cenderung bersaing dengan parti-parti seperti PBS, STAR dan UPKO.

Salah satu parti KDMR, iaitu PBRS kompnen Barisan Nasional (BN) lebih gemar neutral dalam perkembangan parti-parti KDMR apabila memilih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Latar belakang politik Sabah cukup unik, apabila sesebuah parti merasa ada kekuatan, maka berkecederungan untuk bersaing untuk membuktikan yang mana lebih mendapat sokongan rakyat, menerusi pendekatan, biar menang sorak meskipun kampung tergadai.

Pemikiran para pemimpin parti sedemikian tidak menggunakan fakta yang hakiki hanya berkiblat nafsu hati.

Pemikiran sedemikian bukan sekadar menjadi intipati perjuangan, tetapi disebalik pemikiran tanpa cakna ini, ia hanya tertumpu kepada beberapa individu dalam mencapai sesuatu maksud yang cuba dihalalkan.

Walaupun dalam logik akal, mereka sedar akan kekalahan pasti ditemui. Mereka lebih suka si luncai untuk tenggelam dengan labu-labunya, tanpa memikirkan kesannya.

Permainan poitik yang masih berpaksi kepada kelompok-kelompok kabilah, makin hari makin jauh terpisah dengan hakikat kehendak rakyat.

Saban hari kita melaungkan demi perjuangan, tetapi apa yang diperjuangkan? Adakah nasib rakyat atau nasib poket dan kepentingan sendiri.

Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sejak menjadi Ketua Menteri, menggunakan berbagai pendekatan, untuk menyatupdukan semua pemimpin dalam satu platform. Sehingga mengeluarkan kenyataan ‘CUKUP-CUKUP LAH BERPOLITIK” “MARI KITA BERGABUNG TENAGA UNTUK MEMBANGUN NEGERI”.

Sebagai pemimpin berpengalaman, Hajiji tahu apa yang diucapkan, tahu apa yang diperlukan rakyat dan negeri.

Ketua Menteri itu telah menjadi wakil rakyat sejak tahun 1990 tanpa putus. Tempoh masa 33 tahun bukan sahaja mematangkan beliau, akan tetapi telah memaklumi denyut nadi rakyat negeri secara umumnya.

Malangnya hasrat Ketua Menteri itu hanya mendapat respon positif daripada pemimpin kaum KDMR, bukannya pemimpin kaum bumiputera islam.

Sewajarnya penyatuan bumiputera termasuk bumiputera islam yang dirintis menerusi PRN16 Sabah berterusan dan perkukuh,malangnya mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Hanya kerana kerakusan menjadi ketua, kerajaan yang disokong sesuai dengan mandat rakyat pada PRN16 Sabah, cuba ditumbangkan oleh Datuk Bung Moktar Radin dan kumpulannya dengan bersengkokol dengan parti yang dipimpin bumiputera islam yang dikalahkan pada PRN itu, Datuk Shafie Apdal daripada Parti Warisan.

Pun demikian, keinginan Hajiji untuk menyatukan rakyat termasuk pemimpin diterjemahkan menerusi misi RUMAH KITA, KITA YANG JAGA. Rumah kita adalah cerminan satu platform politik yang disertai dan disokong oleh semua, termasuk pemimpin dan rakyat.

Gesaan terterkini Ketua Menteri itu pada Sabtu di Tuaran semasa majlis Sambutan Natal, dengan pesanan, JANGAN SAMPAI KITA LUPA perjuangan kita kerana asyik berpolitik, iaitu membela rakyat.

Ada lah wajar semua pihak menyahut hasrat Ketua Menteri, kerana sebagai pemimpin yang telah banyak merasakan, mengharungi asam garam politik, tahu benar apa yang dihasratkan.

Sabah tidak boleh lagi berhadapan perpecahan, kerana berdekad lamanya kesan pada perpecahan itu, maka rakyat tidak mendapat yang perlu didapat, baik daripada segi kemajuan, pembangunan juga kemakmuran, sehingga terlepas kesejahteraan.

Menerusi misi yang diperjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), untuk mengwujudkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraaan menerusi pendekatan SABAH FIRST, SABAH FORWARD, SABAH PROSPER, SABAH UNITED demi SAYANGI SABAH, maka menjadi pendorong bagi pemimpin SABAH untuk menyokong satu platform politik negeri, sebagai satu kekuatan dalam arena politik negara.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment