BINTULU: Seni kraf tangan Malaysia mempunyai kualiti dan nilai tinggi yang patut dibanggakan oleh rakyat.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Khairul Firdaus berkata, hasil kraf tempatan tiada tandingannya dengan kraf dari negara luar.
“Seni kraf kita adalah lebih baik jika dibandingkan dengan seni kraf dari luar.
“Justeru, kita mahu masyarakat untuk menghayati dan menghargai seni kraf kita,” katanya semasa melawat Festival Kraf Borneo Kita di sini, semalam.
Tambahnya, program seperti festival berkenaan mampu mendidik masyarakat mengenai keunikan dan kebudayaan hasil kraf yang diperbuat daripada logam, tekstil dan hutan rimba dengan lebih meluas dan inklusif.
Bertempat di Lasar Kenyalang Bintulu, program itu mengumpulkan lebih 80 usahawan kraf tempatan dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dan merupakan sebahagian daripada acara MOTAC@Bintulu untuk mempromosikan produk kraf tempatan.
Anjuran MOTAC dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Pejabat Pentadbiran Bahagian Bintulu, festival kraf berkenaan berlangsung dari 29 Disember 2023 hingga 7 Januari ini.
— Douglas Elliot
Add Comment