Home » Hajiji beri penghormatan terakhir, isteri Timbalan Speaker DUN
Berita Tempatan Politik

Hajiji beri penghormatan terakhir, isteri Timbalan Speaker DUN

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datin Helen Tseu Yun Tzu, isteri kepada Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Richard Yong di Fook Lu Siew Funeral Parlour, Jalan Tuaran pada Khamis.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datin Helen Tseu Yun Tzu, isteri kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Richard Yong.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 1 Januari lalu.

Hajiji diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong di Fook Lu Siew Funeral Parlour di sini hari ini.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya. 

— TAMAT