Home » Antara Parti hilang kuasa dan pertahan kuasa
Politik Sudut Pandangan

Antara Parti hilang kuasa dan pertahan kuasa

Berhadapan PRN-17 Sabah, mula kedengaran dikalangan pengundi, tidak mustahil selepas pilihan raya akan berlaku, seorang wakil rakyat mendapat sokongan majoriti mudah daripada berbagai wakil rakyat, keadaan ini lah yang menjadikan pengundi dalam dilema, kerana tiada jaminan pemimpin sebuah parti yang menang majoriti mudah boleh dilantik sebagai Ketua Menteri.

KERANA keputusan rakyat, parti yang berkuasa hilang kuasa, demikian juga parti pertahan kuasa juga kerana sokongan rakyat.

Parti hilang kuasa, kerana rakyat mendapati mandat yang diberikan selain disalahgunakan, juga telah terpesong jauh daripada aspirasi rakyat. Manakala parti yang kekal dipertahankan rakyat kerana rakyat mendapati mandat yang diberikan benar-benar digunakan untuk membela selain kekal mendepani aspirasi mereka.

Di Sabah pengalaman PBS cukup berharga, sehingga parti itu melalui liku-liku yang amat mencabar untuk kekal relevan, dan kekal dengan hala tuju, pun demikian, pada PRN16 Sabah hanya menang dengan 7 kerusi.

Sebagai catitan, PBS tidak pernah hilang kuasa menerusi pilihan raya, akan tetapi di luar pilihan raya, selain perpecahan parti itu apabila beberapa pemimpin kanan keluar parti untuk menubuhkan parti sendiri. Parti-parti serpihan PBS adalah PBRS, SAPP, UPKO (dulu PDS) dan parti-parti kecil lain. Pun demikian, parti itu tidak mendapat kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan sebagai parti pembangkang pada PRN 1999.

Sebagai usaha untuk kekal relevan maka menyertai Barisan Nasional (BN) parti yang memerintah Sabah masa pada tahun 2002. Selepas PRU2004, wakil rakyat parti itu telah menjadi sebahagian kerajaan negeri, apabila Presiden parti itu dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, sehingga Mei, 2018.

Parti itu sekali menggunakan LOGO sendiri pada PRN16 Sabah walaupun bekerjasama dengan PN dan BN, dan menang 7 kerusi.

Kini parti itu salah satu parti pengasas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sedang memerintah kerajaan negeri.

Pengalaman PBS itu dipandang ringan oleh Umno/BN Sabah dan tidak menghargai talian hayat diberikan pada PRN16, apabila mengulangi faktor penolakan rakyat pada parti itu pada PRU14, iaitu isu salahgunakuasa dan kerakusan pemimpin parti itu.

Kini semakin jelas anggapan rakyat bahawa pemimpin Umno belum bermuasabah diri mengenai faktor penolakan pada parti, dan opini sebahagian besar rakyat, apabila parti itu diberikan peluang sekali lagi, maka akan berlaku makna perbahasa, seperti melepaskan anjing tersepit.

Demikian juga pada Parti Warisan, sebuah parti serpihan Umno, juga ditolak rakyat kerana isu kerakusan dan ketamakan yang menyebabkan perekonomian negeri hampir musnah walaupun parti itu memerintah 27 bulan, dan tidak dapat dibayangkan bagaimana besarnya kemusanahan jika parti itu tidak ditolak rakyat pada PRN16 Sabah.

Rakyat jelas tahu, parti berkuasa yang ditolak rakyat semasa pilihan raya, adalah parti yang tidak relevan lagi di mata mereka. Ertinya apapun usaha pemimpin parti sedemikian untuk mempengaruhi rakyat supaya parti mereka kekal relevan bukan mudah, seperti mana pengalaman PBS.

Kesimpulannya, parti yang hilang kuasa lebih sukar untuk kembali berkuasa berbanding parti yang mempertahankan kuasa.
GRS adalah parti yang telah mengambil maklum berkaitan parti yang hilang kuasa dan menjadikannya sempadan, dan menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang tidak selari dengan aspirasi rakyat, apatah lagi faktor-faktor yang dibenci rakyat.

Atas sebab itu, kepimpinan negeri, memperlihatkan kerja kuat, kurang bercakap, seperti diam ubi berisi, dan terbukti telah melakar kejayaan demi kejayaan atau pencapaian luarbiasa, walaupun hanya tiga tahun menerajui kerajaan.

Rakyat kini celik maklumat, tentunya, pencapaian kerajaan off the day negeri menjadi pertimbangan utama untuk diberi mandat baharu untuk menerajui kerajaan pada PRN17 akan datang.

Ada lah usaha buang masa bagi parti-parti yang ditolak rakyat untuk merayu diberikan peluang kedua, kerana peluang yang diberikan, selain disia-siakan malah digunakan untuk kepentingan peribadi dan kroni.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment