Home » Isu Air di UMS
Politik Sudut Pandangan

Isu Air di UMS

Pada 8 Januari 2024, YB Menteri (YBM) Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Malaysia melawat UMS dan disambut oleh pelajar dengan sepanduk tercatat mereka belum mandi.

Isu bekalan air kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bukan perkara baru dan sewaktu lawatan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) tahun lepas, beliau telah meluluskan RM3 juta untuk maksud penambahbaikan bekalan air kepada pengguna di UMS. Wajib faham bahawa peruntukkan RM3 Juta itu disalurkan daripada Kementerian Kewangan Persekutuan kepada UMS. Bukan kepada kerajaan negeri Sabah.

Pada 8 Januari 2024, YB Menteri (YBM) Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Malaysia melawat UMS dan disambut oleh pelajar dengan sepanduk tercatat mereka belum mandi. Zambry terus meluluskan RM2 Juta untuk atasi masalah bekalan air ini.

YAB PMX juga memberi respond dan akan menyemak pemberian peruntukkan RM3 juta yang telah diluluskan.

Perkara ini viral di media sosial dan Whatsapp (WA). Perkara ini telah dipolitikkan dan ada yang cuba membina polemik politik menyalahkan Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan GRS. Ada yang menuduh CM (Chief Minister/Ketua Menteri) lembablah, ada juga yang keterlaluan menuduh salah kerajaan GRS.

Saya terpanggil untuk memberi pencerahan agar natizen tidak keliru dengan propanganda pembangkang menyalahkan kerajaan GRS Sabah ini.

Pertama, peruntukkan RM3 juta yang diumumkan oleh PMX tahun lepas seperti yang saya katakan bahawa untuk adalah di bawah kuasa kerajaan persekutuan. Natizen perlu tahu pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Kementerian Pendidikan dan kementerian kewangan Malaysia adalah di bawah kuasa kerajaan persekutuan. Ertinya peruntukkan RM3 juta itu disalurkan direct daripada Kerajaan Persekutuan kepada UMS. Bukan melalui kementerian Kewangan Sabah. Jadi kenapa persalahkan kerajaan GRS Sabah? Tembirang saja ini cytro pembangkang 🤣🤣🤣. Bapa borek anaknya rentik.🤣🤣🤣

Sekian dan harap maklum.

*Datuk Arthur Sen ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)
** Artikel ini berdasarkan kenyataan Facebook beliau
.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment